100 Pesanan Rasulullah : Pesanan Untuk Kaum Wanita - IAMFUZY™ Malaysia Lifestyle Blog

TERKINI

Post Top Ad

100 Pesanan Rasulullah : Pesanan Untuk Kaum Wanita

Pesanan Untuk Kaum Wanita | Terfikirkah oleh kita bahawa dunia ini merupakan perhiasan untuk manusia yang mana di dalamnya terdapat pelbagai nikmat dan kesengsaraan jika tidak menggunakan dengan sebaik-baiknya? Bagaimanapun sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita atau isteri yang solehah.  ini ditegaskan oleh hadis sahih yang direkodkan oleh Muslim, Rasulullah saw berkata, "Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah"


Mengenai kaum wanita sebagai perhiasan, Rasulullah s.a.w berpesan dalam sebuah hadis yang direkodkan oleh Imam Ahmad, Tabrani dan Hakim, "Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian keluar melintasi kaum lelaki agar terbau haruman itu, maka dia adalah perempuan zina dan setiap mata yang memandang juga zina"


100 Pesanan Rasulullah : Pesanan Untuk Kaum Wanita 


Berikut, diperturunkan beberapa pesanan Rasulullah s.a.w untuk peringatan kaum wanita


Bagi kaum wanita yang mengandung, akan beristighfar para malaikat untuknya dan ALLAH mencatatkan baginya setiap hari 1000 kebajikan dan menghapuskan 1000 kejahatan.


Baca : 7 Golongan Mendapat Naungan Allah


Jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya, janggutnya, memotong misainya dan memotong kukunya, dia akan diberi minum oleh ALLAH dari air sungai di syurga diiringi oleh ALLAH ketia sakaratulmaut dan kuburnya akan dijadikan taman syurga serta dicatat oleh ALLAH baginya kelepasan dan api neraka dan selamat melintasi titian siratulmustakim.


Mana-mana kaum wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, ALLAH akan memasukkan ke dalam syurga lebih dahulu daripada suami kerana dia memulaikan suaminya di dunia maka dia mendapat pakaian dan bauan syurga untuk turun ke mahligai suami dan menghadapnya


Baca : 55 Keistimewaan Wanita Dalam Islam 


Apabila seseorang wanita yang taat pada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, matahari dan bulan beristighfar baginya selama mana dia masih taat kepada suaminya.


Baca : 10 Perkara Wajar DiElakkan Agar Tidak Menderhaki Suami


Begitulah banyaknya manfaat yang diperolehi oleh kaum wanita.  Dia menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan ikhlas dan sebaik mungkin juga mematuhi pesanan yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w


Hayati dan renungilah kata-kata ini 

"Aku mengamati semua sahabat dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah.  Aku memikirkan tentang semua pakaian tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa.  Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik.  Aku mencari segala bentuk rezeki tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar" - Sayidina Umar bin Al-Khatab


Lantaran itu wahai wanita..sentiasalah sematkan di hati bahawa di sebalik kenikmatan yang dikecapi, adakala bencana hadir tanpa diduga.  Yakinlah bahawa di sebalik setiap dugaan, pasti ada hikmah dan nikmatinya. Oleh itu, andai sesekali diri diduga, usah resah kerana pasti tersirat nikmat.  Dan ingatlah juga, andai dilanda nikmat, usah lupa dan leka kerana dari sinilah berpuncanya bencana.


100 Pesanan Rasulullah / Pg 97

3 comments:

  1. Tqq kak Fuzy
    akhir akhir zaman ni tgk wanita2 makin berani dan seolah lupa dgn azab neraka. Sedihhh dan sayuu tgk keberanian mereka yg xda perasaan malu langsung. Tgk saja di media sosial spti tik tok

    ReplyDelete
  2. Semoga kita tergolong dalam wanita yang sentiasa berbuat baik dan diredhai Allah SWT

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah terima kasih akak sharing. Banyak kelebihan yang kaum wanita akan dapat ni :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Post Top Ad