Resepi Apom Kampung Guna Sukatan Cawan - IAMFUZY™ Malaysia Lifestyle Blog

TERKINI

Post Top Ad

Resepi Apom Kampung Guna Sukatan Cawan

Resepi Apom Kampung Guna Sukatan Cawan | Kalau sebut apom kampung ni mungkin ramai yang tak tahu tapi kalau sebut apam gula merah memang confirm ramai yang kenal. Inilah kuih favorite DH dan selalunya umi akan beli bila kek pasar Datuk Keramat setiap Sabtu. Kalau dulu sepotong hanya RM0.50 saja tapi sekarang ni dah naik jadi RM0.60 tapi kalau beli kat gerai yang jual nasi lemak kukus tu kiranya masih murah sebab saiz pun besar.


Bila kata ni kuih favorite DH, jadi umi pun teringin nak mencuba buat dan bila google, laaa..mudah resepi apom kampung guna sukatan cawan ni tapi takut juga kot kejadiannya tak seperti yang dibeli sebab rasa apom gula merah kat gerai tu memang sedap. Nak minta resepi? mana ada penjual nak kongsi resepi sama macam hari tu umi tanya macam mana nak bagi daging lembu yang dibuat rendang tu lembut. Dia jawab, masak macam biasa. Ok, malas nak fikir dah tapi kita sendiri kena cuba, macam try and error la jugak, okay.


Bila umi tengok bahan cukup mudah, umi siap-siap belikan gula merah sebab kat rumah hanya ada gula gerek tapi takk rugi pun beli gula merah kan. Memang umi tak cerita kat DH, nak buat apom kampung tapi bila dia balik petang tu, tadaaaa surprise untuk DH. Tapi kalau buat kuih Apam Puteri Ayu pun mau lebar sengihan DH tau


Jadi waktu minum petang tu, umi pun sediakan apom kampung ni dan seronoknya bila umi kunyah seketul, DH dah kunyah 3 ketul sampai habis langsai dalam pinggan. Bangga tau, isteri mana tak bangga kalau suami makan dengan berselera.


Resepi Apom Kampung Guna Sukatan Cawan

Jom la cuba resepi apom kampung gula sukatan cawan yang cukup mudah dan cepat disediakan.


Resepi Apong Kampung


Bahan bahan:

1 cawan gula merah

2 cawan air panas

3 cawan tepung gandum

1 peket mauripan (yis)

1/2 biji kelapa parut putih

garam secukup rasa


Cara penyediaan


1. Tepung gandum diayak dan masukkan yis. Kacau buat sebati dan biar ketepikan.


2. Campurkan gula merah dengan air panas. Kacau hingga larut. Tapiskan.


3. Masukkan air gulabyang masih suam ke dalam campuran tepung gandum dan yis tadi. Kacau hingga sebati dan rata. 


4. Tutup dan biarkan adunan naik kembang dengan saiz 2 kali ganda dari asal. Sementara itu didihkan pengukus.


5. Guna loyang saiz 8”x 8”, di sapu dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan. 


Resepi Apom Kampung Guna Sukatan Cawan


6. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak. Sementara itu, kelapa parut, digaul dengan garam secukupnya. Kalau suka boleh kukus kelapa parut ni supaya lebih tahan lama, kalau tak kukus pun ok.


7. Bila sudah sejuk, boleh dipotong dan hidangkan dengan kelapa parut yang di sediakan dengan kopi o atau teh o panas. Nikmat !


Nota :  

cucuk dengan lidi penyungkil gigi, pastikan yang belum digunakan lagi. Kalau bersih tu tanda dah masak.


#iamfuzymemasak

#dapursweetsourleyra

10 comments:

  1. Replies
    1. sedapppp...sbb tu en suami kata boleh buat lagi...kembang kuncup hidung kebanggaan tau..hehe

      Delete
  2. Berbaloi sangat ni buat sendiri..simple je bahan-bahannya, nak buat pun mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Yaya...tak sangka mudah dan bahan pun mmg ada kat rumah...

      Delete
  3. feberettt la.ni kak
    legendd. Sb arwah mak.sy dulu.buat letak.kat gerai kopi
    memanggg semua suka.versi gula.merah gini
    apomm

    ReplyDelete
    Replies
    1. psst...sebenarnya akak dulu mmg tak minat kuih manis tapi sejak dah tua ni terasa nak buat sebab suami akak suka..dan akak pun terus suka tapi tak la mcm dia yang makan banyak tuu..hehe

      Delete
  4. Klu kita kuih camni semua kita panggil kuih apam je haha sbb semua pun kena makan ngan kelapa tp kita x suka sgt klu mkn ngan kelapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. heeee sebab banyak betul kuih apam ni Ako, antaranya apam mekar, apam nasi dan byk lagi

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Post Top Ad