Drama Ash & Aish Adaptasi Novel Ash & Aish Karya Maya Adira | Dah beberapa hari umi ternampak trailer drama Ash & Aish dilayar tv sampai rasa tak sabar nak menonton episod pertamanya yang akan ditayangkan malam ni 10 Ogos 2022. Rasa teruja tu sebab teringat novel Dua Dunia, Separuh Mimpi karya Lynn Dayana yang baru selesai umi baca dan muvie lama bertajuk Ghost lakonan Demi Moore dan Patrick Swayze


Melalui teaser tu dah terasa vibe romantiknya bercinta dalam mimpi antara Ash & Aish yang dilakonkan oleh Meerqeen dan Siti Khadijah Halim. Drama 20 episod ini  terbitan Suhan Moies & Trading, diarahkan oleh Helmi Yusof merupakan drama yang diadptasi dari novel Ash & Aish karya Maya Adira.


Drama Ash & Aish Adaptasi Novel Ash & Aish Karya Maya Adira


JUDUL : ASH DAN AISH

WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam 

SIARAN TV : Slot Megadrama - Astro Ria


WATAK PELAKON 

Meerqeen sebagai Ashrafi | Siti Khadijah Halim sebagai Aisha | Idzham Ismail, Nada Nur Syuhada, Adiba Yunus



SINOPSIS ASH DAN AISH

Kisah Ash dan Aish yang ditakdirkan bertemu dengan tidak sengaja akhirnya membawa kepada perkahwinan kerana perasaan simpati dan ingin melindungi Aish. Ash yang penuh misteri dan hidupnya gemar membantu orang yang ada masalah.


Terbinalah ikatan suami isteri bilik berasingan bagi mereka. Bagi Aisha, dia bersyukur kerana dengan menjadi isteri Ashrafi, dia dapat menumpang kasih keluarga yang baharu. Dia kenal Tuk Mek, Kak Wati dan Abang Zul serta yang lainnya. Dia bahagia menjadi isteri tanpa cinta.


Namun, insiden kemalangan Ashrafi membuka tetingkap rahsia yang bersimpang siur. Ashrafi terbaring koma namun 'Ashrafi' yang satu lagi datang menemani Aisha. Kelam kabut dan tunggang terbalik hidupnya. Pencarian dan perjalanan yang penuh dengan seribu rasa menduga rasa cinta yang baru terbit. Dalam hati yang mula memekar, ada rindu yang bersembunyi.




SINOPSIS NOVEL ASH DAN AISH

Siapa kata kahwin tu indah? Siapa cakap jatuh cinta itu macam pelangi, penuh warna-warni, hangat dan bahagia?


Ashrafi - Misterius dan pendiam. Lari daripada keluarga kerana perbezaan pendapat dan daripada cinta yang dirundung nestapa.


Aisha - Gadis polos dari kampung. Hijabnya terbuka sampai dia tak senang duduk. Selepas dibawa berubat, barulah lega.


Sanctuary Kafe menemukan Ashrafi dan Aisha, mengikat mereka dalam ikatan perkahwinan. Aisha hanya main-main. Ashrafi hanya mahu menolong. Baginya, gadis itu hanyalah pembantu. Manis dengan sikap gila-gila, buat dia tersenyum dalam rahsia.


Tolong konon, namun sebenarnya hati lelaki itu dijentik rasa luar biasa. Sedangkan Aisha pula, terjebak dalam perkahwinan yang dia sendiri tidak pasti kenapa dia lakukan. Begitupun dia bersyukur dan bahagia menjadi isteri tanpa cinta kepada Ashrafi. Dia juga dapat menumpang kasih keluarga baharu.


Namun, insiden kemalangan Ashrafi membuka tetingkap rahsia yang bersimpang-siur. Ashrafi terbaring koma namun ‘Ashrafi’ yang satu lagi datang menemani Aisha. Kelam-kabut dan tunggang terbalik hidupnya. Pencarian dan perjalanan yang penuh dengan seribu rasa menduga rasa cinta yang baru terbit. Dalam hati yang mula memekar, ada rindu yang bersembunyi.