Jom Singgah Dan Nikmati Sajian Dan Budaya Korea Di K-Food Fair 2022 - IAMFUZY™ Malaysia Lifestyle Blog

TERKINI

Post Top Ad

Jom Singgah Dan Nikmati Sajian Dan Budaya Korea Di K-Food Fair 2022

Jom Singgah Dan Nikmati Sajian Dan Budaya Korea Di K-Food Fair 2022 | Teruja betul umi bila dapat singgah ke acara K-FOOD Fair 2022 yand berlangsung di Blue Concourse, Sunway Pyramid Mall semalam. Acara ini dibawakan oleh Perbadanan Perdagangan Agro-Perikanan & Makanan Korea dan Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Korea Selatan ini berlangsung dari 21 Oktober hingga 24 Oktober, bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Masuk adalah percuma.


Cumanya umi sampai pun agak lewat sebab guna LRT dari Wangsa Maju ke stesen USJ 7 dan kemudian naik BRT hingga ke stesen Sunway Lagoon.  Cukup selesa, tak perlu fikir parking atau jem, tambahan pula tambang hanya RM6.80 sehala. Cuma risau kalau tren bermasalah sebab ada 37 stesen dengan purata perjalanan dalam 90 minit sehala. Kematu ke tak kematu, kita terus je. Lagipun bukan kali pertama umi naik tren ke sini.

Jom Singgah Dan Nikmati Sajian Dan Budaya Korea Di K-Food Fair 2022



K-FOOD Fair ialah salah satu inisiatif Korea Agro-Fisheries & Food Trade Corporation untuk meningkatkan pengedaran rangkaian produk Korea, meneroka pasaran baharu di luar Korea Selatan dan meningkatkan industri F&B Korea Selatan. Jadi peminat atau ingin merasai makanan Korea dan ingin mengetahui budaya Korea, kunjungi K-FOOD Fair di Blue Concourse, Sunway Pyramid Mall hari ini, esok atau lusa.




Semalam merupakan hari pertama, dimulakan dengan ucapan oleh Jang Jae Hyung, Pengarah Urusan dari aT Centre Kuala Lumpur sebagai pembuka acara, kemudian ia akan disusuli dengan upacara Bibimbap di mana kesemua lapan orang tetamu akan berkumpul untuk merasmikan acara tersebut.


Antara yang turut hadir menceriakan acara selain Jang Jae Hyung adalah Son Min Geun, Setiausaha Kewangan, Kedutaan Korea di Malaysia,  Shareefa Faridha Syed Haniff, Pengurus Besar, ECERDC, Yang Kyung Soo, Pengarah Urusan, Organisasi Pelancongan Korea di Malaysia, Lee Sung Ki, Pengarah Urusan, KOTRA, Benny Lim, Pengarah Urusan, KMT Jaya Sdn Bhd, Loo Hoey Theen, Pengurus Besar Pemasaran, Inovasi Perniagaan dan eMall; Pengurusan Sunway Pyramid, Magdalene Soon, Ketua Perolehan Perdagangan, AEON Malaysia




Bagi memeriahkan, pkhak K Food turut menjemput penyanyi Sarah Suhairi  untuk mempersembahkan beberapa lagu iaitu Rumah Singgah, Burn, dan lagu Korea berjudul Hype Boy From New Jeans.




Pengunjung pasti tertarik kerana terdapat banyak aktiviti yang menanti sepanjang empat hari pesta ini berlangsung antaranya 


  • Sesi Demo Masakan Korea oleh chef selebriti, Jia Le Woh (atau Chef Jiale)
  • Rasai makanan sewaktu Sesi Open Kitchen
  • Zon pengalaman istimewa seperti permainan tradisional Korea dan pakaian Hanbok
  • Persembahan tarian cover K-Pop oleh Kueendom dan Kingsman
  • Persembahan Taekwondo oleh Pasukan Arena dengan sentuhan Korea
  • Persembahan nyanyian dari Sarah Suhairi, yang pernah bekerjasama dengan Blimey, seorang Youtuber Korea
  • Pertandingan K-Pop Cover Dance serta sesi Random Play Dance
  • Sesi permainan dengan influencer terkenal (Nura, Hilmi dan Alisya)



HARI KE-2 (22 OKT) - SOROTAN AKTIVITI

10 kumpulan / peserta solo akan bertanding dalam Pertandingan K-Pop Cover Dance, dengan hanya lima peserta kumpulan / solo yang akan layak bertanding ke peringkat akhir untuk bergelar juara.


Para juri termasuk seorang wakil dari aT Kuala Lumpur Centre, Iylia dari Kueendom dan Kingsman, dan juga Pengajar Tarian K-Pop Profesional, Snow. 

Pengunjung yang berminat menyertai acara tarian, boleh turut serta dalam sesi Random Play Dance bersama penari.



HARI KE-3 (23 OKT) - SOROTAN AKTIVITI

Aktiviti kemuncak termasuk sesi permainan bersama influencer iaitu Hilmi, Nura, dan Alisya. Sesi permainan ini akan bermula pada jam 3.30 petang hingga 5.30 petang. Orang ramai akan dijemput oleh mereka untuk bermain bersama.

Setiap seorang influencer akan memilih empat orang dari khalayak ramai secara rawak sebagai ahli kumpulan mereka. Ketiga-tiga kumpulan kemudiannya akan bersaing dalam dua jenis permainan; iaitu Teka Imej dan Teka Gerak Isyarat Badan. Pemenang akan menerima baucar beli-belah atau beg beli-belah strawberi K-FOOD Fair yang eksklusif.


HARI KE-4 (24 OKT) - SOROTAN AKTIVITI

Pusingan akhir Pertandingan K-Pop Cover Dance akan berlangsung dengan lima (5)  peserta (kumpulan atau solo) yang berjaya ke pusingan ini akan bersaing untuk menjadi pemenang utama dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai di antara RM1,000 hingga RM5,000. 


Hakim khas untuk pusingan ini ialah Alex dari Kueendom dan Kingsman. Sekali lagi, akan ada sesi Random Dance Play dengan penari dan orang ramai.


AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK SEPANJANG PESTA BERLANGSUNG

Jangan ketinggalan untuk bermain permainan tradisional Korea sepanjang empat hari pesta berlangsung, seperti Tuho, Dalgona, Ddakji dan Jegichagi. Sesi Kuiz Korea melalui Kahoot juga akan dianjurkan di pesta ini, dan pemenang akan menerima baucar hadiah atau Beg Strawberi K-FOOD Fair yang istimewa.


Seterusnya ialah persembahan tarian cover K-pop oleh Kueendom dan Kingsman yang mengikuti rentak lagu-lagu K-pop popular oleh BTS, Blackpink, EXO, PSY, TVXQ dan New Jeans. Terdapat dua persembahan setiap hari pada masa yang berbeza.


Sesi demonstrasi memasak yang interaktif oleh Chef Jiale akan diadakan setiap hari; dengan satu demo di atas pentas dan satu lagi merupakan sesi dapur terbuka di mana pengunjung boleh menikmati air tangan Chef Jiale. Beliau akan memasak masakan Korea dan hidangan fusion dengan sentuhan Korea menggunakan produk Korea daripada pengedar di Malaysia. Demonstrasi masakan akan diakhiri dengan sesi cubaan makanan untuk orang ramai. Demo dan sesi ini akan tersedia setiap hari.


Bagi mereka yang berminat untuk membeli produk Korea pula, terdapat lima pengedar di gerai-gerai bazar sepanjang pesta tersebut. Lima pengedar produk Korea itu ialah Tian An Trading Sdn Bhd, Nguan Seng (1990) Sdn Bhd, KMT Jaya Sdn Bhd, Sing Long Food Product Sdn Bhd, dan Khaishen Trading Sdn Bhd.


Anda juga berpeluang untuk mencuba pakaian tradisional Korea yang dipanggil Hanbok dan/atau mengambil gambar di zon foto khas di pesta itu. 


Jom sokong K-Food Fair dengan mengambil banyak gambar semasa anda berada di sini, dan jangan lupa tag @kfoodatmy dan sertakan hashtag #kfoodfair2022 dan #malaysiakfoodfair2022 dalam post media sosial anda!


Untuk maklumat lanjut tentang Pesta K-FOOD 2022 ini, sila layari www.mykfoodfair.com



Mengenai Korea Agro-Fisheries & Food Trade Corporation

Agensi kerajaan Korea ini telah diasaskan pada tahun 1967 untuk mengendalikan promosi perdagangan,pengeksportan dan pemasaran makanan dan minuman Korea secara global. Setakat ini, agensi tersebut mempunyai 18 buah cawangan luar negara termasuk Malaysia.



1 comment:

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Post Top Ad