3 Hari 3 Negeri Kami Singgah, Dari Kuala Lumpur Ke Penang, Kedah Dan Perlis | Bila DH confirmkan yang kami akan balik kampung, memang teruja sangat. Ini adalah travel pertama untuk tahun 2023 dengan family walau Cik Meya dah confirm tak balik sebab dah janji dengan bff dia yang akan bertunang. KC pulak kejap jadi, kejap tidak sebab PJJ, ada kelas pada hari Sabtu, Ahad dan tengah nak prepare untuk exam.


Tiba hari nak balik kampung pada hari Jumaat tu memang KC Iman tak ikut sebab hari Ahad ada kelas jadinya cuma kami berempat (umi, DH, KY Amanda dan cikapplepie). Jadinya tak perlu guna kereta family, hanya guna kereta KY jer.


3 Hari 3 Negeri Kami Singgah, Dari Kuala Lumpur Ke Penang, Kedah Dan Perlis


Ikutkan DH nak balik awal pagi tapi umi overnite rumah bonda, jadi kena tunggu la umi balik dari rumah bonda jam 10.30 pagi (selalunya hari Jumaat, umi balik jam 12.30 dari rumah bonda).

 

Apa pun kami bertolak dari rumah dalam 11.30 jugaklah sebab ada pulak barangan last minit yang nak dibawa. Pastu DH dah siap belikan nasi lemak lauk sotong dengan daging masak kicap, kenalah makan kan sebab semenjak dua menjak ni kami lebih suka singgah makan kat kedai makan bukan kat R&R.


First time KY Amanda memandu ke utara

Kali pertama KY bawa kami waktu konvo dia di Pahang, jadi umi dan DH dah tahu yang dia boleh memandu dan kemudian dia ke Terengganu untuk wedding kawan pejabat dia dan ke Perak jumpa kedua ibu bapa untuk sesi kenal mengenal. 


Perjalanan kami ni lebih relax dan stop bila rasa nak buang air jer sebab perut masingn-masing dah kenyang. Waktu dalam perjalanan tu adik DH mesej suruh singgah makan kat rumah dia di Batu Maung, jadi kami divert ke Penang. 


Rindu pulak kat nasi kandar beratur tapi orang dah suruh singgah makan tengahhari kan, jadi no nasi kandar, no pasembor gituu dan kami sampai Penang jam 3 petang dan gerak keluar Penang lebih kurang jam 5.30 petang.


Memang naiya pak karim! Jalan sesak sebab orang balik kerja dan DH lupa sebab tu dia terima pelawaan adik dia. Apa nak risau, kami santai-santai jer kan. Tapi dalam santai-santai tu bff DH call tanya kami ada kat mana dan bagitau bila sampai nanti terus ke kaunter untuk ambil kunci.


Pendang Lake Resort

3 Hari 3 Negeri Kami Singgah, Dari Kuala Lumpur Ke Penang, Kedah Dan Perlis

Walau sesak dan banyak kereta, mujur waze cukup membantu dan kami sampai ke resort di Pendang, ambil kunci dan rehat. Pastu bff DH call ajak dinner, alamak! ni yang malas tapi orang nak raikan kita kan, lagipun pun dia jemput untuk kenduri anak kedua dia tu dan siap tempah bilik resort untuk kami lagi.


Memang segan sebab walau bff DH ni pegawai besar (pangkat DSP) tapi dia ni cukup humble, sama la jugak wife dia tu.


So dinner kami kat gerai di pekan Pendang yang banyak pilihan makanan. Umi makan kuetiau goreng, DH makan mee goreng mamak, KY makan kuetiau sup dan cikapplepie makan nasi goreng. Not bad jugak makanan kat gerai-gerai ni, jadilah untuk lapik perut.


No foto untuk makanan kami. Faham-fahamlah sebab bukan kami saja kan. Bff DH siap ajak untuk breakfast roti canai esok pagi, tapi DH cakap tak boleh janji untuk breakfast sama sebab takut kami lewat dan nanti terganggu aturcara dan perjalanan majlis persandingan anak dia. 


Perut dah kenyang, jadi balik ke bilik, mandi dan tidur jer lah. 


Pemandangan pagi di tasik Pendang yang tenang dan cantik. Lepas solat subuh, kami keluar bilik dan berposing kat depan tasik. Bilik pula memang mengadap tasik dan beberapa langkah pun dah sampai ke gigi tasik.


Puas ambil foto bagai, DH ajak kami breakfast sebab perut dah lama kan. Sampai kat parking dah nampak bff DH tengah breakfast dengan wife dia. Hehehe. Sempat pulak dia melambai dan tukar tempat duduk yang membolehkan kami duduk sekali.


Kalau duduk sekali suami isteri, cerita berkisah anak-anak jer la kan.


Selesai breakfast, masing-masing balik ke lokasi, bff DH nak ke dewan dan kami balik bilik untuk rehat dan bersiap. Eh, sempat singgah kat Nat Pendang untuk beli buahtangan buat kakak DH dan abang DH.  Sampai di bilik terus buat sesi packing barangan, mandi, bersiap dan check out sekali.


Wedding yang simple dan tetap meriah. Semoga berkekalan hingga ke syurga.


PENDANG KE KERPAN

Dari Pendang kami ke rumah kakak DH tapi dia pulak ke mesyuarat. Tunggu punya tunggu, sampai tertidur dia tak sampai balik. Jadi DH ajak gerak jam 5 petang sebab dia sibuk nak ikut orang mengai sotong.


Memang best kat kampung DH ni, dengan pemandangan padi tengah menghijau dan kami akan bermalam kat sini. Pelawaan untuk dinner kami tolak sebab dah janji nak bawa anak-anak makan kat luar tapi DH menjongket jer bila nak candat sotong.


Maka dinnerlah kami tiga beranak kat luar sebab nak ke Alor Setar rasa malas walau kat AS tu mesti dapat makan yang lebih berbeza dari makanan Thai ni.


3 Hari 3 Negeri Kami Singgah, Dari Kuala Lumpur Ke Penang, Kedah Dan Perlis

Kami pilih set A bila nampak ada sotong goreng tepung tapi lepas beberapa minit, pelayan datang cakap sotong dah habis jadi minta kami tukar dan kami tukar ke ayam goreng kunyit.


Apa yang lawak lauk kami ni ada tomyam ayam, ayam goreng kunyit, kailan ikan masin pun ada ayam dan telur dadar. Boleh la nak makan tapi tak boleh betul kalau dalam tomyam diletakkan sayur kobis, memang ermmm.


Balik ke rumah abang ipar, sempat borak dengaan kakak ipar DH, katanya kalau pergi mengai diaorang akan balik jam 4 pagi. Risau jugak lewat sebab DH dah pesan nak gerak dari rumah abang dia jam 7.30 pagi sebab nak  breakfast kat Dusun Nakawan, nak minum di Bee Farm dan ke Nat Pokok Kelapa.


Ingat nak tunggu tapi umi terlelap la juga dan sedar jam 3 pagi tengok DH update ka story FB. Tunggu la jugak tapi sampai dekat jam 5 pagi DH tak balik lagi.


3 Hari 3 Negeri Kami Singgah, Dari Kuala Lumpur Ke Penang, Kedah Dan Perlis


Akhirnya jam 6 lebih baru geng mengai yang 6 orang ni balik. Memang sah DH tak tidur dah!


Okay lah nanti sambung pulak bahagian trip ke Perlis bila ada kelapangan. Good Nite.