Usah Hilang Empat Perkara Berharga Dalam Hidup  | Kita selalu diingatkan agar tidak terlalu leka dengan kehidupan kerana dunia ini hanyalah perhiasan yang amat indah sehinggakan penghuninya menjadi leka dan lalai.


Sebagai contoh, kita alpa dengan kehidupan ini apabila seronok hidup bermewah-mewah dengan kekayaan, pangkat, kedudukan dan kuasa.


Usah Hilang Empat Perkara Berharga Dalam Hidup 


Tiada apa yang perlu dibanggakan di dunia ini kerana ia ibarat penjara kepada orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.  Ketiaka di dunia ini, orang mukmin diuji dengan pelbagai kesukaran, kesusahan dan kesempitan.  Ini kerana jalan untuk menuju ke syurga itu bukan mudah.


Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan boleh hilang dengan empat sebab.  Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh.  


Akal boleh hilang disebabkan marah.  Agama boleh hilang disebabkan dengki. Malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.


Lima perkara yang dicintai dan lima perkara yang dilupai.


Akan datang suatu masa di mana ketika itu mereka mencintai lima perkara dan melupakan lima perkara iaitu;


1. Mencintai dunia dan lupa akhirat

2. Mencintai kehidupan dan lupa pada kematian

3. Cinta pada istana dan lupa pada kuburan

4. Cinta akan harta dan lupa pada perhitungan di akhirat

5. Cintaa kepada makhluk dan lupa kepada ALLAH


Ada perkara yang tiada sesuatu lebih baik daripada keduanya iaitu beriman kepada ALLAH dan memberi manfaat kepada muslimin.  Sementara ada dua perkara yang tiada sesuatu yang lebih buruk dearipada keduanya iaitu mensyirikkan ALLAH dan menyakiti kaum muslimin.


Usman Al-Affan berkata. "Perkara yang paling sia-sia itu ada sepuluh perkara iaitu, orang laim yang tidak dapat dijadikan tempat bertanya, ilmu yang tidak diamalkan, pendapat benara yang tidak diterima, senjata yang tidak dipakai, masjid yang tidak digunakan empat solat, mushaf yagn tidak dibaca, harta yang tidak disedekahkan, kuda yang tidak ditunggangi, pengeahuan tentang zuhud yang ada pada hati orang yang cintakan dunia dan umur panjang yang tidak dipakai untuk bekal perjalanan menuju ke alam akhirat"


ALLH dalam surah al-Hadid ayat 20 mengingatkan yang bermakdus, "Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan yagn melalaikan, perhiasan, bermegah-megah di antara kamu serta berbangga-bangaan. Dan kehidupan dunia initidak lain hanyalah kesenangan yang menipu."


Ini bukanlah bermakna kita perlu meninggalkan keseronokan dan kesenanga dunia itu 100%. Sebaliknya seseorang muslim perlu berusah meninggalkan taraf hidup agara tidak dipandang rendah oleh orang bukan Islam.  Selain itu, ia juga sebabaig melengkapkan keperluan hidup.  Begitu juga fitrah manuis ayang sentaias inginkan keselesaan .  Namun, perlulah mengikut lunas-lunas yang betul tanpa menganiayai makhluk lain.


Jika kita lanngsung tidak menikmati kelazatan hidup ini, apa faedahnya ALLAH menghalalkan banyak perkara ? Tetapai yang halal juga digunakan mengikutkeperluan dan berpada-pada. Jangan sampai membazir kerana ALLAH tidak sukakan pembaziran.


Sesungguhnya, dunia ini ibarat penjara bagi orang Islam yang terikat dengan hukum-hakam dan perintah ALLAH, sedangkan baig yang bukan ISlam, dunia ini ibarat syurga dipenuhi 1001 kenikmatan untuk dikecapi


100 Pesanan Terakhir Rasulullah

Bab 86 

m/s 321 - 323