Taman Botani Shah Alam Gamit Kenangan Hari Keluarga Tahun 2010 | Taman Botani atau dulunya dikenali sebagai Bukit Cerakah ni bukan lokasi asing bagi umi sebab pernah sampai melawat ke sini dulu, tapi tak ingat dengan siapa. Memang tempat ni cukup popular dulu dan jadi tempat yang sering dikunjungi sambil nikmati keindahan hutan rimba.
Pada tahun 2010, ahli keluarga sebulat suara untuk berkumpul dan berhimpun sempena hari keluarga Haji Hamid Dan Hajah Ramlah (Allahyarhamah abah dan mak) sebab abang Chaq, abang yang sulung menaja sepenuhnya penginapan di chalet kat sini.
![]() |
Singgah Taman Botani Shah Alam Gamit Kenangan Hari Keluarga Tahun 2010 |
Lepas makan pagi di Restoran Azira, kami terus menghantar Kak Cik Iman ke UiTM untuk kuliah face to face yang akan bermula jam 10 pagi hingga 12 tengahhari. Dalam perjalanan tu dah terfikir nak menziarahi Mazlene kawan sekerja masa di Travelynne & Tours dulu tapi bila call dan mesej tak berjawab dan berbalas.
Jadinya kat DH, takkan la nak tunggu dekat UiTM tu, jadinya kami terus ke Taman Botani yang meningalkan kenangan manis waktu mengadakan hari keluarga tahun 2010 dulu. Lama sungguh tu dan tak pasti apakah ada kesempatan untuk berhimpun seperti itu lagi memandangkan bonda pun tidak sihat.
![]() |
Singgah Taman Botani Shah Alam Gamit Kenangan Hari Keluarga Tahun 2010 |
![]() |
Singgah Taman Botani Shah Alam Gamit Kenangan Hari Keluarga Tahun 2010 |
![]() |
Singgah Taman Botani Shah Alam Gamit Kenangan Hari Keluarga Tahun 2010 |
![]() |
Singgah Taman Botani Shah Alam Gamit Kenangan Hari Keluarga Tahun 2010 |
Antara kemudahan yang terdapat di sini selain bas yang kami naiki untuk keliling Taman Botani adalah surau, tempat letak kenderaan, wakaf atau pondok rehat
Terdapat banyak tarikan selain taman dan kebun antaranya Taman Haiwan, Taman Hiasan, Rumah Iklin Sederhana Empat Musim, Taman Rempah Ratus & Pelbagai Minuman, Taman Kaktus, Taman Buah-buahan Tropika, Taman Padi, Taman Konservasi Herba & Tumbuhan Ubatan, Empangan/Tasik dan Kampung & Chalet
![]() |
Singgah Taman Botani Shah Alam Gamit Kenangan Hari Keluarga Tahun 2010 |
KADAR HARGA KEMUDAHAN DI TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM
CAJ KONSERVASI (WAJIB)
RM 3.00 - Dewasa (12 hingga 54 tahun)
RM 1.00 - Kanak-Kanak (6 hingga 11 tahun)
RM 1.00 - Warga Emas (55 tahun ke atas)
PERCUMA bagi pelawat berumur 6 tahun ke bawah, anak-anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU)
CAJ KONSERVASI
RUMAH IKLIM SEDERHANA EMPAT MUSIM
RM 5.00 - Dewasa (12 tahun dan ke atas )
RM 3.00 - Kanak-Kanak (4 hingga 11 tahun)
PERCUMA Pelawat berumur 4 tahun ke bawah, anak-anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU)
Jangan risau sebab tiada caj untuk tempat letak kenderaan pun.
Mungkin kalau ada peluang ke area sini, mungkin kami boleh singgah lagi tapi kenalah memakai kasut dan pakaian yang bersesuaian.
Terima kasih sebab membaca dan apakah next story umi lepas ni
Catatan Pengalaman : 5 Februari 2023
1 Comments
wah...dah tukar nama dah. dulu masa kecik pernah la pegi taman cerakah ni. now dah lama sgt dah x pi..leh try nanti ni
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!