Dulunya pokok gincu ni kami beli untuk hiasan rumah sebab cantik dan memang menyerikan bila bunganya tumbuh tanpa musim dan boleh dikatakan setiap masa. serius memang cantik sebab warna merahnya yang terang tu dan bentuk pun seakan gincu tapi rupanya pokok ni ada ada nama lain.


pokok gincu


Pokok Bunga Gincu

Kami panggil ia pokok Gincu dan punya banyak nama antaranya Bunga Lada, Setawar Halia Merah dan Red Button Ginger atau mungkin ada nama lain?

Dah jadi kebiasaan habibi akan petik bila nampak tunas-tunas di bunga pokok gincu. Tunas ini dibasuh dan kami akan kunyah, memang sedap rangup dan manis.



Bunga Gincu

Kebaikan Pokok Gincu

Bunga gincu ini dikatakan punyai khasiat untuk darah tinggi, diabetis dan menurunkn tahap kolestrol.

Kalau ada, jom amalkan sebab rasanya sedap, manis  dan rangup.

Katanya, jika rasanya manis bila diletakkan di lidah bermakna sistem tubuh kita masih sihat tetapi sebaliknya, dikatakan sistem tubuh mungkin bermasalah.


Khasiat Pokok Gincu

Banyak juga kegunaan dari bahagian pokok gincu ni antaranya :



Demam panas: 

Air rebusan pokok ini dibuat mandian dan daunnya dilumatkan untuk dijadikan penuam di kepala


Penyakit kulit: 

Batang pokok diasah dan disapu pada kulit pesakit kusta. Air rebusan pula dijadikan losyen untuk penyakit cacar atau getahnya disapu pada kudis


Pencuci perut: 

Air perahan dari isinya (rizome) yang segar dijadikan julap. Boleh juga untuk menghilangkan rasa loya, pening dan muntah


Pneumonia: 

Isinya (rizom) dijadikan dalam bentuk serbuk untuk selsema, reumatik, asma, bronkitis, anaemia (di India)


Selepas bersalin: 

Isinya direbus dan diminum bagi wanita selepas bersalin (Di Jawa)


Syphilis: 

Akarnya direbus dan diminum secara teratur bagi penyakit kelamin (Jawa)


Mungkin ada lagi kegunan dan kebaikan dari pokok gincu ni yang anda semua tahu, boleh la kongsi dan saya akan tambah di artikel ini.