Dah 3,4 bulan hari asyik cakap yang dia rindu nak balik kampung dan terakhir kami balik kampung pun pada petang hari raya yang lepas dan bulan Jun pun kami ke Penang tanpa singgah ke Kedah. Umi bukan apa, susah nak cari siapa yang akan ganti rutin jaga bonda dipagi hari tapi dah siap bagitau pada adik yang umi nak balik kampung 3,4 hari.


Perancangan Balik Kampung



Tup-tup seminggu sebelum umi balik kampung, suami Kak Ndak pulak masuk hospital dan rutin terus berubah sebab disebelah petang adik kena ganti. Kak Jang yang menetap di Kajang datang cover dekat 2 minggu lepas suami Kak Ndak masuk hospital tapi jadual balik kampung pula waktu cuti Krismas.  Tapi adik cakap, ok jer dia akan tetap cover pagi Khamis, overnite dan cover dari pagi hingga abang yang sulung sampai disebelah malam.


Bila nak bercuti ni, bukan jadual umi sorang jer kena diatur, cuti anak-anak yang bekerja pun kena masuk sekali dan jadual umi membabitkan rutin menjaga bonda.


Hari Khamis / 21.12.2023 

Habibi kata nak spend masa kat kampung sepenuhnya dan bermalam di rumah pusaka 1 malam, 1 malam di rumah kakak ipar dan 1 malam di Penang. Kemudian ditukar 2 malam di kampung dan 1 malam di Penang.

Last minit, umi minta habibi tukar program balik kampung pagi ke tengahari kerana kesian kat adik yang kena cover hingga malam dan cikcha pula ada kelas. Jadi setidaknya dapat cover waktu pagi pun dah kira ok kan.



Kain baju dah siap pack, dan sarapan pagi pulak umi buat bihun goreng dengan kuantiti banyak, jadi selebihnya buat bekal dan Cik Meya buat sandwich ayam sejuk. Memang dah malas nak makan kat R&R sebab musim cuti ni ramai orang, makanan sejuk dan mahal. Jadi penat sikit tak per asal tak sakit hati.


Hari  Jumaat / 22.12.2023

Segar dan tenang waktu pagi kat sini dengan saujana mata memandang, kehijaun bendang yang luas terbentang


Breakfast dengan nasi kuning dengan ayam goreng seketul harganya RM2 dan kuih muih berharga RM0.50 sen lagi



Lunch kami pula dengan lauk bantut ikan ruan dan ikan puyu bakar, gulai ikan ruan, ayam goreng kicap, sambal belacan memang terlajak berpinggan-pinggan.




Bila dah kenyang, mata masing-masing dah kuyu dah habibi ambil peluang untuk lelap sebab nak ke laut pada sebelah petang.




Kami yang tinggal ni bersantai depan bendang seleapas balik dari rumah sepupu habibi yang jaraknya sepelaung, kemudian  menikmati petang di laman rumah pusaka yang tenang hingga gelap cuaca. 

Malam tu, tak ada aktiviti walau rasa nak keluar ke pekan tapi malas melebihi segalanya.heee


Hari  Sabtu / 23.12.2023 

Team mengai sampai rumah subuh dan nasib tak menyebelahi, tangkapan tak berapa banyak mungkin sebab angin kuat.

Cadangannya nak ke Pekan Rabu tapi hujan. sebenarnya bukan sebab hujan saja tapi lebih pada tak tahu apa nak dibeli tapi kalau pergi memang macam-macam akan dibeli selain terhabis masa kat sana. Kalau ikut plan asal bermalam di Penang, dan bertolak balik pagi Isnin tapi Penang tak ada air. Kata adik ipar,  air dah ada tapi kita faham bila dah beberapa hari tak ada air, pasti air pun slow atau nak naik ke tingkat 4 tu ambil masa. 

Kami keluar awal untuk ke Nat sungai Korok, nak ke Nat Pokok Getah hanya dibuka hari Ahad.


Nat Sg Korok


Nat yang tak sempaat uat kami penat tapi ada juga jualan yang menarik seperti rangan antik, pakaian, ikan segar dan sayuran segar, Ada kawan haii pesan  lapan kilo kacang poi, dan umi pun eli sekilo untuk kami dan kuih putu perak.

Konon nak cari reakfast kat sini tapi tak de gerai pulak yang menarik, jadi haii awa kami ke kedai Kopi O Kampung tapi kena sidai, mungkin sea kami sampai dah lewat jam 10 pagi kot.  Nanti kat lain entri la umi cerita.


Apa pun dah plan nak lunch kat rumah SiL, on the way ke sana nampak pulak mentarang. Bak orang mengidam, memang tak oleh lepas beli mentarang untuk juadah tengahari.


Diseakan dah agak lewat, habibi pun beli mentarang yang sudah siapa diperisi, maka jadilah lauk mentarang dengan umaq nyoq. Nanti umi kongsi resepi kat entri lain.

Selesai makan dan rehat tu, kami ke rumah tauke ikan gelama jeruk dan belacan homemade. SiL ikut sekali sebab dia yang tahu dna urusan untuk booking ikan masin dia yang buat. Selesai sesi membeli,  kami hantar sil balik dan kami terus perjalanan JJCM.  


Kupi Kahfi, Bukit Tau 


Kat singgah nak mengopi kat Bukit Tau tapi tau-tau diaorang tak open order sebab over order katanya. Tunggu la juga kot-kot boleh minum kopi sea tempat viral kan tapi hampa. Ahh dua kali kena dalam sehari.

Next, JJCM kami kat Perlis untuk ngopi dan KC Iman cadang kami ke Sechaone. Risau la jugak selepas dua kali tak bernasi baik.


sechaone.coffee


Kat sini kami lepak paling lama sebab kawan KC Iman datang jumpa dan tempat ni memang estatik gitu dan rasanya umi dan habibi jer orang tua.


Lastly kena cari makan sebab sechaone tu cuma tea time je, jadi bila dah agak lewat malam, perut masing-masing kembali lapar dan kena cari nasi kan.

Pelantar Cafe Yusmat Corner


Nikmati makan malam dengan view malam sambil tengok bot nelayan.

Bermalam lagi di Kerpan sebab tak nak ambil risiko dengan kami enam orang dan kat rumah adik ipar tu empat orang, memang jenuh rasanya kalau bab mandi dan buang air bagai.


Hari Ahad / 24.12.2023 

Pepagi lagi umi dan habibi ke pasar untuk cari breakfast tapi agak lewat, nasi kuning adik Bibah dah habis dan kenalah beli nasi kuning di gerai lain. Memang tak puashati tapi nak buat macam mana kan. Umi siap beli bihun untuk bekalan lagi, jimat duit, jimat masa kan.

Lepas breakfast, kami pun gerak meninggalkan kampung walau rasa pendek betul percutian. SiL pula buatkan nasi goreng dan umi beli 4 bungkus bihun, untuk dibuat tapau dalam perjalanan sampai habibi kata tak usah membazir. Ishh lelaki ni mana nak faham kan yang kita ni nak jimat duit dan nak jimat masa supaya tak berhenti makan, apatah lagi bila makan kat R&R tu dah lah sejuk, mahal dan tak sedap. Ada tak yang tak sakit hati?


Jadi supaya tak sakit hati baik kita tapau atau masak dari rumah je.

"I dah jemu makan kat Mat Jasak" umi dah siap-siap bagitau habibi bila dia cakap KY nak makan mee kat Ipoh. serius dah jemu sebab dah lebih 5 kali makan kat situ kalau singgah Ipoh atau semata-mata singgah untuk makan kat situ.


Kes tiada air di Penang, jadi kami terus ke destinasi seterusnya. Kesian adik habibi yang mengharap kami singgah bermalam tapi bab air memang tak boleh nak kompromi kan.


Perut anak-anak pun dah terisi dengan bihun jadi dah rasa lega walau anak-anak ni bukan anak kecil tapi bila perut kenyang, kita pun rasa tenang kan.


Singgah Ipoh



Akhirnya selepas menempuh jalanraya, kami sampai ke Ipoh dan lokasi yang dituju tu nanti umi kongsi kat next entri.


Nota :

Lappy ni buat hal, sampai hilang mood untuk menulis. Mana taknya, huruf Ss, bB, 8  kena copy paste sebab tak keluar dahlah tu huruf yang sering digunakan. Kalau nampak ayat yang kurang huruf tu, maknanya umi tak perasan la nak tambah tau. 


Apa pun kena redha kan.