Januari, bulan  kelahiran Kak Yang Amanda, dan seperti kebiasaan, sebolehnya nak sambut hari lahir anak pada tarikh yang sama walau hanya sepotong kek. Ada beberapa kali tak kesampaian disebabkan jadual kerja habibi atau tarikh lahir tu kena pula pada hari umi menginap di rumah bonda, maka terpaksa di tukar ke hujung minggu atau malam yang umi tak perlu inap di rumah bonda. Gitulah mak-mak dan, umi pasti ibubapa lain pun macam umi jugak kan. 



Cosy Place Wangsa Maju

28 Januari - Birthday Kak Yang

Kalau dulu waktu anak-anak kecil, umi dan habibi akan celebrate birthday anak-anak di rumah dengan kek atau kat fast food seperti KFC, dan bagi hadiah. Bukan hanya kat anak yang sambut birthday tapi kalau birthday Ayong, kami bagi hadiah pada Angah begitu untuk the girls. 


Bila fikir balik memang lawak dan tak pasti kalau tu contoh yang kurang baik atau sebaliknya.


Kisah birthday Kak Yang ni mulanya fikir nak sambut hari lain sebab habibi berada di Pahang atas urusan kerja berkaitan keberangkatan pulang YDP ke Pahang. Tak sangka habibi balik awal dan sesampai di rumah, dia dah tanya kat mana nak celebrate birthday si putri. 

Umi pun buat kerahan untuk the girls buat carian dengan syarat kafe yang terdekat dan jangan over priced sebab sekarang ni kena jaga bajet kan.

Lastly, umi pulak cadang ke Cosy Place sebab dekat, kedai luas, enviroment tenang dan sebab umi sendiri dah few times ke sini, begitu juga habibi begitu juga anak-anak. Kali terakhir umi kat sini tahun lepas, ada reunion kecil dengan kawan sekolah.

Kalau anda pergi lebih dari 2 atau 4 orang, make sure call dulu untuk buat booking takut penuh dengan walk in customer. Memang masa kami sampai, dah ramai pelanggan dan tak lama tu, memang full house.


Panjang pulak cite kan, ayuh tengok apa yang kami order


Menu Pilihan Kami


Garlic bread didatangkan dengan mushroom soup dan paling memikat selera semua pastinya Creamy Wild Mushroom soup yang diletakkan dalam roti. Memang umi recommended sangat.


Beef Ginger Kway Teow (umi) dan Beef Bacon Caonara (KC Iman). Beef Ginger Kway Teow ni kena makan waktu panas, kalau tidak kuah akan mencair dan umi suka sebab rasa dagingnya yang lembut dikombinasi dengan daun bawang tu memang ngam. Ehh memang all time favorite umi ni.


Prawn Fried Rice (Ayong) dan Sambal Tumis Sotong with Rice (haibib) yang tersilap pandang padahal dia nak nasi goreng. Apa pun habis juga dan ada sikit pedas pada dia.

Jumlah keseluruhan menu pilihan kami RM292.10 untuk kami lapan orang termasuk air dan cukai. Mahal ke murah? Ok kan sebab hampir semua food dia memenuhi selera.

Dekorasi

Ok, umi kongsi gambar deko ruangan kedai makan Cosy Place ni, kot ada yang tak pernah datang. Dinding kedai penuh dengan arangan hiasan ala Inggeris dan cukup menarik bagi mereka yang pertama kali ke sini dan bagi orang Wangsa Maju dan sekitar kedai ni bukanlah asing.





Konsep open kitchen yang mana anda oleh melihat mereka memasak dan menyediakan sajian.



Rating kami

Mungkin tak sama dengan orang lain sebab selera antara kami pun tak sama.


PRICE :  8/10 |  FOOD RATE :  8.5/10  |  SERVING :  8.5/10   |  AMBIANCE : 10/10


Alhamdulillah, semua food ok yang dipilih kecuali habibi dan CikCha sebab nak nasi goreng tapi tersalah pilih. Pendapat anak-anak yang dah dewasa ni kena ambil kira sebab diaorang kan dah pandai kenal sedap dan tidak walau sedap pada kita tidak pada diaorang dan sebaliknya.


Nak datang lagi? oh ya dan mushroom soup tu ikut selera dan tak perlu ke kedai mahal untuk nikmatinya.


Lokasi

Restoran Cosy Place Wangsa Maju

27, Jalan Wangsa Delima 5, Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-4143 6885

Masa: 

Buka ⋅ Akan ditutup pada 9:30 PTG