Resipi Pulut Durian Cara Orang Kedah Untuk Sarapan Pagi

Ya, musim durian dah bermula!  Sejak nampak durian dijual kat tepi jalan, awal bulan Jun, Kak Cik Iman dan KY Amanda dok sibuk minta belikan durian tapi bila lalu macam belum ada gerai yang jual dengan banyak. Memang bila tiba musim durian, habibi pasti akan beli samada Musang King, D24, IOI atau Udang Merah bagi memenuhi keinginan anak-anak dan sebagai sarapan pagi dengan pulut durian cara orang Kedah.

Pasar Tani Danau Kota

Pulut Durian Cara ORang Utara

Habibi ni akan makan durian dengan pulut bukan macam sesetengah orang yang makan durian semata, jadi durian yang dibeli kena sesuai dengan pulut. Pulut pulak akan dikukus bukan ditanak tak macam Allahyarham abah akan makan durian dengan nasi untuk makan tengahari.


Jadinya hari minggu minggu sudah, kami berdua round area rumah bonda berdekatan Hospital Ohana tapi tak ada gerai yang buka. Kemudian kami lalu di Setapak Sentral yang juga memang selalu penuh dengan jualan dan pembeli, pun masih belum dibuka. Selalunya gerai durian ni meniaga waktu petang hingga larut malam tapi umi layan jer sebab kalau ada, pasti umi bodek untuk dapatkan tempoyak. Bukan tempoyak yang dah siap dibuat tu tapi buah durian kampung yang habibi kena kopek dan masukkan isi durian dalam bekas.



Kami terus drive santai ke arah Danau Kota dan nampak ada Pasar Tani, dan dalam pada cari ruang untuk parkir kereta, nampak ada satu gerak menjual durian. 


Alhamdulillah dapat beli durian musang king kat sini RM100 untuk biji. Rezeki kan


Bila dah sampai ke pasar ni bukan durian jer yang kami bawa balik, siap beli cempedak, sayuran hijau yang segar, dan jajan serta tak lupa nasi lemak, pulut udang dan lempeng kelapa untuk anak-anak di rumah. Memang rasa nak beli semua yang kita nampak bila ke pasar ni. 


Sampai kat rumah jer, umi terus kukus pulut yang dah awal lagi di rendam, jadinya masa kukusan tak ambil masa lama sebab pulut dah agak mudah untuk kembang


Resepi Pulut Durian 

Resipi Pulu Durian Utara

Bahan-Bahan

1 kg pulut susu

4  helai daun pandan

Pengukus


Bahan Lain

Durian

Santan kelapa segar

Gula

Sedikit garam


Cara Penyediaan :

1. Pulut dibasuh dan direndam semalaman atau sekurang-kurangnya 6 jam. Toskan dan dikukus dalam loyang dan dimasukkan daun pandan. Disyorkan guna pulut susu, cepat kembang dan lebih sedap. Pulut yang umi rendam dalam 6 jam ni, cuma ambil masa lebih kurang 1 jam untuk masak elok.

2. Pulut harus digembur, dialih-alih supaya masak rata. Bila dah masak boleh dihidang dalam pinggan

3. Santan segar dicampur sedikit garam, kacau biar sebati

4. Dalam pinggan masukkan pulut dan durian, masukkan santan segar dan gula. Campurkan dengan durian dan gaul. Sedia untuk dimakan.



Nota :

Pulut jangan dimasak terlalu lembut sebab kalau bercampur santan dan durian, boleh buat kembang pipi dan muak.


Baca Juga : 


Post a Comment

1 Comments

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!