Akhirnya no 55 yang ditunggu-tunggu tiba juga! Rasanya ramai yang macam umi yang tak sabar nak cecah usia 55 terutama mereka yang pernah bekerja bertahun-tahun dan akhirnya capai ttitik noktah untuk diri sendiri. Nak rasa tenang dan yang penting dapat settle hutang.
Ucapan Hari Lahir
Bangun pagi je berdesup mesej masuk kat handphone dengan notifikasi ucapan kat timeline FB pun banyak.
Bahagia sungguh bila dapat mesej dari kawan-kawan serta saudara yang memberi pelbagai ucapan dan mujur bukan diaorang buat phone call, kalau gitu jenuh nak ambil call dan mau terbakar panas telinga kann.
Makan Kek Bersama Bonda
Rutin umi seperti biasa ke rumah bonda tapi sebelum ke rumah bonda tu, umi singgah ke Baker's Cottage untuk beli sepotong kek. Cukuplah sepotong untuk kongsi bersama bonda sempena hari lahir umi dan kerana bonda yang melahirkan umi.
Jadi sepotong kek Red Velvet jadi pilihan. Alhamdulillah, bonda suka dan bonda turut ucapkan selamat hari lahir buat umi. Awww, bahagia sangat.
Bila balik rumah pula, ada surprise.
Yeahhh...umi dapat bunga dan bouquet bunga ni sangat cantik sangat dengan bunga kekwa merah dan oren yang buat rasa melting.
Surprise Cake
Perempuan ni memang kalau dapat bunga memang teruja tu tahap maksimum walau bunga ni bukan boleh dimakan dan bunga segar pula bukan boleh disimpan lama. Tapi keterujaan dan rasa bahagia sangat sampai kalau boleh nampak kita tersenyum walau dalam tidur.
Tetiba KY datang rumah dan buat kejutan dengan bawa kek Chantiilly Furutsu dari Komugi. Bertambahlah rasa bahagia sangat walau kek ni bukanlah kesukaan umi sejak dulu tapi tetap appreciate pemberian ahli keluarga.
Manja diri di Manja Kaki
Disebabkan tiada majlis makan-makan sebab ramai anak di luar kawasan dan kesibukan untuk persiapan majlis akad nikah dan resepsi KY Amanda, habibi belanja umi untuk manjakan diri kat Manja kaki.
Bak orang mengantuk disorongkan bantal, memang wajiblah kena cuba kan.
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!