Belasungkawa : Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perginya Permata Negara di Usia 85 Tahun

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Tun Abdullah Ahmad Badawi juga dikenali sebagai Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia ke-5 juga merupakan bekas Presiden UMNO ke-6 telah menghembuskan nafas terakhirnya di IJN pada 14 April 2025.


Berita Kematian Pak Lah

Memang terkejut pada awalnya bila nampak ada notifikasi email jam 7.47 malam, siaran media dari IJN mengatakan Perdana Menteri ke 5, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menghembuskan nafas di IJN pada 7.10 malam.


Abdullah Ahmad Bin Badawi

Tarikh Lahir : 26 November 1939

Tempat Kelahiran : Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang,

Tarikh Kematian : 14 April 2025 (umur 85) di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur

Punca Kematian : Masalah pernafasan

Tempat semadi : Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur

Pasangan 

Beliau mengahwin Endon Mahmood Ambak, lahir 24 Disember 1940 yang berdarah Melayu - Jepun pada tahun 1965 dan beliau meninggal pada 20 Oktober 2005 akibat kanser payudara. Mereke dikurniakan 2 cahaya mata iaitu, Nori Abdullah dan Kamaludin Abdullah

Kemudian Tun Abdullah mengahwini Tun Jeanne Abdullah (2007  - 2025) yang berdarah campuran Perancis, juga merupakan bekas kakak ipar Tun Endon.

Beliau digelar sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan. Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, 1 September 2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Latarbelakang Pak Lah

Dilahirkan dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Abdullah memulakan kerjayanya sebagai guru. Beliau pada mulanya ingin belajar Ekonomi di Universiti, namun setelah gagal dalam kertas Statistik, beliau tidak dibenarkan melanjutkan kursus kepujian dalam bidang ekonomi dan memilih untuk belajar Pengajian Islam.[2] Selepas menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada tahun 1964, beliau menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha dalam kementerian yang sama pada tahun 1974.

Setiap hari, selepas sembahyang Maghrib, beliau akan mengaji Al-Quran. Adalah menjadi kebiasaan beliau menulis nota dalam Jawi. Karangan Shakespeare kegemaran beliau ialah Julius Caesar. Selain dari keluarga sendiri, tokoh yang banyak mempengaruhinya, yang beliau anggap sebagai mentor ialah Tun Abdul Razak.

Antara peristiwa dunia yang meninggalkan kesan yang mendalam pada diri beliau ialah peristiwa 9/11, yang telah mendorong beliau untuk memperjuangkan fahaman Islam yang sederhana. Beliau juga adalah pencetus Islam Hadhari dan Beliau digelar sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan. 

Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, 1 September 2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia 


Garis masa

1939: Dilahirkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 26 November.

1964 (umur 25): Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya; menjadi Penolong Setiausaha, Jabatan Perkhidmatan Awam (sehingga 1969).

1965 (umur 26): Berkahwin dengan Datin Paduka Seri Endon Mahmood.

1969 (umur 30): Dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha kepada Majlis Gerakan Negara, Jabatan Perdana Menteri Malaysia (sehingga 1971).

1971 (umur 32): Dilantik sebagai Ketua Pengarah, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (sehingga 1973).

1974 (umur 35): Dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

1978 (umur 39): Menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas; juga menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (sehingga 1980).

1979 (umur 40): Menjadi Ketua UMNO Cawangan Bertam serta Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas.

1980 (umur 41): Dilantik sebagai Timbalan Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan (sehingga 1981).

1981 (umur 42): Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO; menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (sehingga 1984).

1984 (umur 45): Dilantik sebagai Menteri Pendidikan sehingga 1986; menjadi Naib Presiden UMNO sehingga 1990.

1986 (umur 47): Dilantik sebagai Menteri Pertahanan (sehingga 1987).

1990 (umur 51): Dilantik sebagai Ketua Delegasi UMNO ke Jawatankuasa Perundingan Ekonomi Negara/Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula Masyarakat.

1991 (umur 52): Dilantik sebagai Menteri Luar Negeri (sehingga 1999).

1993 (umur 54): Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO (sehingga 1996).

1996 (umur 57): Menjadi Naib Presiden UMNO.

1998 (umur 59): Menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.

1999 (umur 60): Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada Januari sehingga Oktober 2003; menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

2000 (umur 61): Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada Mei.

2003 (umur 64): Dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima pada 31 Oktober.

2004 (umur 65): Menjadi Presiden UMNO pada September.

2007 (umur 68): Berkahwin dengan Datin Seri Jeanne Abdullah pada 9 Jun.

2008 (umur 69): Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Abdullah mengekalkan kuasa tetapi tidak mendapat majoriti dua pertiga dalam Pilihanraya Umum ke-12.

2008 (umur 69): Mengumumkan tidak akan bertanding sebagai Presiden UMNO pada 8 Oktober


sumber : wikipedia


Post a Comment

0 Comments