Episod sebagai pemain bola berakhir buat habibi bilamana kali ni dia memang betul-betul tercedera bukan hanya jari tapi muscle tense di kaki kirinya. Ya, habibi gantung but bola buat selama-lamanya selepas alami kecederaan paling teruk sepanjang bermain bola. Katanya memang tak akan main bola bila-bila pun. Harapnya begitulah sebab usia dah makin menua, tulang temulang pun dah makin mereput.
Cedera Main Bola Tu Perkara Biasa
Sejarah dia sebagai pemain bola ni memang dah lama, sejak bangku sekolah tapi lebih aktif selepas dia berhijrah dan menetap di KL tahun 80an. Habibi pernah bermain futsal untuk Malaysia waktu futsal mula diperkenalkan di Malaysia. Sepanjang bermain bola ni, memang rezeki membolehkan habibi bermain hingga ke Thailand dan Indonesia dengan pasukan futsal Malaysia, dan dia juga pernah bermain sepadang dengan Datuk Subadron Aziz, Rusli Hussein, Nazim Din, yang pasti ramai mengenali mereka.
Habibi masih penjawat awam di KKM ketika bermain dengan Kelab Sports Unlimited kepunyaan Kevin Ramalinggam (mantan CEO Kelantan Darul Naim & mantan MFL), beliau juga abang kepada Datuk Stuart Ramalingan (mantan SU FAM). Memang kenangan indah bila kami sekeluarga sempat menonton habibi bermain bola dan dijemput ke majlis di rumah Datuk Stuart Ramalingan (kini SU FAM) dulu.
Sepanjang bermain bola padang dan futsal ni, bab cedera tu perkara biasa bagi sesiapa saja apalagi habibi yang kalau masuk padang memang cukup fokus dan beraksi berani (dikenali sebagai plastikman sebab terbang waktu tangkap bola) demi menyelamat bola dari menembusi gawang pasukan sendiri.
Kalau sebelum ini dia pernah terkoyak dibahagian atas bibir sewaktu bermain futsal beberapa tahun dulu, mujur hanya digam pada atas bibir tu, dan tidak memerlukan dia menjalani jahitan. Dia takut kena jahit!
Lutut kanan pulak kena ACL, berbulan tak boleh main bola dan kami dah suruh buat pemeriksaan, langsung dia tak heran. Alhamdulillah, mujur tak memudaratkan dan dia boleh bermain bola kembali. Bukan sebab proses lepas operation yang akan ambil masa lama tapi dia sebenarnya kurang berani nak buat operation.
Bab bengkak, lebam tu sesuatu yang biasa malahan jari kelinking kiri cedera, ambil masa berbulan nak baik. Tak pasti kalau retak sebab bila tersilap pegang barang, terjerit la tuan punya badan.
Kini sekali lagi terjadi kat jari kelinking kanan. Rasanya tulang retak juga sampai tersilap sentuh memang menjerit la. Tapi degil tak mau ke klinik atau hospital sebab seperti jari kelinking kiri, memang akan baik tapi prosesnya akan ambil masa.
Memang berbuih la kami anak beranak suruh dia ke klinik tapi langsung dia tak heran.
Kronologi Kecederaan
Awal tahun depan dia akan pencen, dan bila diminta bermain untuk team Finas bagi MAKSWIP 2025, memang tak dilepaskan peluang. Kononnya untuk kali terakhir dan diaorang memang dah aim nak masuk ke final.
Latihan demi latihan dan persediaan dibuat seadanya hingga tiba hari perlawanan. Kata habibi team Finas akan bermain di padang UPM.
16 Mei, lepas Jumaat : berkobar-kobar habibi keluar dengan semangat. Alhamdulillah game pertama berjaya mengalahkan CIDB 1 - 0. Balik dengan penuh gaya dan semangat juang untuk esok. Ada 2 perlawanan lagi sebelah pagi dan petang. Memang teruja dia.
17 Mei, hari Sabtu : Game pertama menentang Kelab Sukan Maritime tapi habibi tewas bila injured pada jari kelinking kanan pulak. Sama macam jari kelinking kiri. Pergi klinik tapi queue panjang, jadinya jari dibalut. Suruh ke hospital, tak pulak maunya. Takut la tu. Jenuh kami dok suruh tapi degil ortu ni memang payah kan..heee
Kaki kanan pun injured, jadi keras hingga nak solat kena berdiri, tak boleh duduk apalagi solat seperti biasa. Letak ais dan guna EMS Muscle Stimulator yang membantu merangsang otot.
18 Mei, hari Ahad : Kaki kanan bahagian lutut nampak bertambah sakitnya. Nak bergerak pun terganggu, keras semacam. Suruh ke klinik mana maunya.
Memandangkan waktu injured tu dia dihantar kawan Finas, nak tak nak kena juga ambil motor yang masih berada di pejabat. Jadinya pergilah habibi dan 2 anak bujang untuk ambil motor, dan waktuu balik tu entah macam mana ok pulak habibi ke klinik dibawa dek hero sulung ke Klinik Idham, dapatlah 2 hari cuti sakit.
Kaki kiri tu bukan sekadar lebam, rasa kejang atau rasanya muscle tense (meniscus tear), hingga tak boleh solat seperti biasa, solat duduk pun tak boleh sebab tak boleh nak lipat kaki, keras kejung. Jadinya dia solat berdiri saja
Bab emosi pun koyak juga sebab pergerakan terganggu. Gitulah nasib pemain bola malah ada yang lebih teruk pun ada, tapi minat punya pasal, mereka ok jer.
Memang betul-betul cutilah kiranya, nak bersila sambil lipat baju pun tak boleh, nak sidai baju pun dia cuba buat jugalah..
Malahan sewaktu kami ke Nilai pada hari Isnin (26 Mei) untuk hantar CikCha, kaki dia dah keras dan sakit, jadinya berhenti kat R&R sebelum teruskan perjalanan. Sampai kat LBJ, dia tak tahan dah, jadinya separuh perjalanan lagi umi yang kena pandu hingga ke lokasi
Rawatan Fisio Di Physiogo
Hari Ahad tu ingat nak buat fisio sebab dah tak tahan sakit tapi tiada slot yang kosong, jadinya habibi terus buat booking untuk rawatan pada hari Isnin jam 2 petang.
Sampai ke pusat fisio, wajib kena isi borang dan pilih terapi dan habibi pilih pakej fisio 2 kali. Kemudian ada sesi soal jawab dengan Farhan, pakar fisio yang akan memberikan rawatan kepada habibi.
Sesi selama 1 jam bermula. Cara terapi dan penerangan dari Farhan ni cukup memberi info serba sedikit buat kami
Syok kat habibi sebab mereka ni memang pakar dalam bidang fisioterapi. Bagusnya Farhan ni siap terangkan tentang muscle.
Masa ni kedua belah kaki diletakkan pad panas yang berfungsi untuk menstabilkan aliran darah. Memang panas pad ni.
Akhir sekali, Farhan ajar cara nak buat latihan sendiri di rumah sementara akan ada sesi kedua fisio nanti pada 27 Jun ni.
Memandangkan ada tawaran baik, habibi memilih fisio 2 sesi yang berharga RM280. Memang berbaloi sebab Farhan ni memang bagus dan recommended.
Buat fisio ni macam kita pergi mengurutlah tapi mereka ni lebih pakar kerana tahu kedudukan urat, otot dan boleh kongsi pengetahuan tentang muscular system.
Kembali Ke Pejabat
Hari ni, (28 Mei) kenalah juga habibi masuk pejabat tapi dah bagitau kat penyelia yang beliau tak boleh buat job mungkin dalam 2,3 minggu lagi.
Maka berakhirlah cuti 5 hari dan 2 hari MC. Memang pada awalnya habibi dah mohon cuti selama 5 hari (Isnin hingga Jumaat) tapi offset dengan 2 hari surat cuti sakit. Jadinya cutinya disambung ke hari Isnin dan Selasa sebelum naik kerja pada hari Rabu.
Tanpa ditanya, habibi cakap memang dia tak akan main bola dah sebab kecederaan kali ni paling teruk malahan hingga hari ni dia masih tak boleh duduk lama dan menonton tv pun dengan berbaring atas kerusi healing yang dipasang dalam rumah.
Lokasi Physiogo
No 39, Jalan Metrowangsa, Seksyen 2, Wangsa Maju
Kalau nak tahu landmark Physiogo ni, satu bangunan dengan Tanjak Crew, Restoran Yun Nam dan berhadapatn Masjid Usamah Bin Ziad
2 Comments
Itulah dia…once a football player forever a player.
ReplyDeleteSama juga dgn imamku dirumah tu, masih sibuk game sana sini. Asal balik je tengkot sana sini, plg teruk takat ni rib cage retak. Masa tu insaf jap lepas dah baik hmmmm sambung balik.
Apa-apa pun semoga pulihlah husband akak dengan segera. Gi gantung boots abg tu tinggi sikit kak biar dia xleh capai hahaha
Oh Habibi Ini suami kakak? Saya baca segala cedera yang dialami, langsung berasa ikut ngiluuuu .. pastilah sakit sangat itu 😞. Saya saja pernah retak tulang tangan kanan, langsung nak menangis tiap mau melakukan apa2. Apalagi yg agak berat begini.
ReplyDeleteMemang sebaiknya fisio ke tempat yg memang expert dalam bidang cedera ya kak, jadi tak salah pengobatan
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!