Habibi kena masuk wad!. Saya fikir adalah bagus guna e-hailing untuk melawat sebab tak perlu fikir ruang parkir, boleh relax dan sampai ke lokasi perlu ke Hospital Kuala Lumpur tanpa perlu tekan minyak dan gear. Memang tak jangka selama empat hari berturut-turut guna servis e-hailing tercatat pengalaman biasa, terbaik dan terburuk pada kami..
Kecederaan Jari Kelinking
Asalnya habibi ke HKL pada hari Isnin, 16 Jun, untuk tutup temujanji ulangan pasal ketumbuhan di tapak tangan kanan tapi lain jadinya bila doktor perasan jari kelinking kanannya yang nampak bengkak dan masih sakit walau dah hampir sebulan. Ketumbuhan dah terlucut tapi episod lain pulak bermla.
Bagaimana boleh jari terlucut?
Kononnya sebelum pencen (awal tahun depan), naklah bermain bola untuk MAKSWIP, untuk self record gitu. Memang ya pun yang terakhir sebab kali ni bukan hanya jari tapi kaki kiri juga masih sakit akibat muscle tense.
Habibi ni kalau masuk padang bermian, memang serius apatahl lagi dia di posisi menjaga gawang bola dan sepanjang bermain bola banyak kecederaannya antaranya ACL lutut kanan, koyak bibir, jari kelinking kiri terseliuh, jadi dia fikir kecederaan jari kelinking kanan tu atas faktor yang sama
Bukan tak dinasihat ke klinik tapi, dia kata "nanti-nanti baiklah" tapi kami pulak risau sebab lama sangat nak baik dan kalau tersalah sentuh, memang terjerit mengadu sakit.
Baca Juga : Kecederaan paling teruk sejak bermain bola
Masuk Wad Orthopedik
Agak pelik juga bila sampai petang, tak habis lagi sesi dengan doktor sebab bila doktor nampak kecederaan kat jari tu, memang kena buat xray untuk kenalpasti masalah sebenar.
Jari kelinking dislocated!
Bila di X-Ray nampak jari yang dislocated tu memang la doktor tak boleh buat tak tahukan.
Tup-tup habibi bagitau dia kena warded dan bermulalah episod kena tahan wad pertama kali dalam hidup habibi.
Malam tu dengan hujan lebatnya, bergegas kami ke HKL untuk hantar barangan keperluan habibi sebab memang tak langsung terduga akan dimasukkan ke wad.
4 Hari Guna Servis e-hailing
Perkara utama guna e-hailing sebab tak suka nak berpusing-pusing nak cari parkir. Walau memang costly tapi tak nak bab parkir tu memang buat serabut kepala selain sampai cepat, relax dan tak terkejar-kejar untuk melawat habibi waktu tengahari.
Hari 1 / Selasa
Pemandu Grab ni, seorang lelaki muda berbangsa cina dengan keadaan kereta yang bersih. Sepanjang perjalanan tu kami dihiburkan dengan lagu-lagu cina sambil dia menonton movie. Perjalanan melalui Jalan Genting Kelang sangat tenang hingga selamat sampai ke destinasi. Destinasinya lobi HKL sebab umi lupa nak bagitau CikCha untuk pin lokasi bahagian Kecemasan.
Maka berjalanlah kami berdua menuju ke bahagian Kecemasan dalam lebih kurang 10 minit. Fuhh memang tercungap la jugak. Well tak apa, kirinya macam brisk walklah jua.
Pemandu :
Rating Apps :
Pemandu Maxim berbangsa Melayu ni buat kami rasa kelakar sebab macam nak borak tapi macam tak nak. Dia tanya nak singgah ke Air Panas ke selepas ada berborak sikit bila ditanya saya orang mana. Saya memang orang KL, bersekolah di APGS. Gamaknya dia ingat saya ni sebaya dia kot.
Bila sampai di simpang PPR Sg Bonus dia tanya nak singgah Air Panas ke? Eh dah kenapa nak singgah, saya ni nak balik rumah (cuma cakap dalam hati sambil CikCha pandang umi) Tapi layan jer la.
Waktu nak masuk ke arah Seksyen 2, dia tanya nak berhenti beli ayam goreng ke? Mungkin nampak kat aplikasi yang ayam goreng kat Barakath ni sedap malah pembeli dapat ayam goreng yang masih panas sebab akan digoreng sekali lagi sebelum diberikan pada pembeli.
Pemandu :
Rating Apps :
Hari 2 / Rabu
Pengalaman dengan driver yang sangat best, sangat soft spoken dan polite. Orangnya pun nampak kemas walau tak nampak wajah keseluruhan tapi potongan rambut yang kemas. Tutur kata pemandu Melayu ni memang sangat humble dan sangat-sangat recommended. Kami bercerita pasal hal ehwal semasa, pasal pokok, pasal pelancongan (topik yang umi sangat suka) dan dia pula nak buat survey memandangkan dia baru tamat pengajian Master tapi lupa pulak kursus yang dipelajarinya.
Waktu dalam perjalanan melalui Jalan Genting Kelang, ada sebuah kereta tiba-tiba masuk ke kiri, dia masih tenang, tak marah tapi terkejut. Calm dan relax. Bukan umi jer suka dengar nada bicara pemandu ni tapi cikcha pun cakap perkara yang sama.
Pemandu :
Rating Apps :
Perjalanan balik dengan driver Maxim ni memang borak sepanjang jalan dari cerita parkir penuh di HKL dan dia cerita pasal parkir Hospital Sultanah Bahiyah yang besar pun selalu penuh. Banyak yang kami borak antaranya kisah isterinya yang pernah menghidapi linfoma tahan 3 sebelum kahwin. Memang teruk isterinya tu sampai penah botak, pernah kimo tapi Alhamdulillah sekarang dah bebas dari limfoma darah.
Bercerita hal linfoma yang pernah habibi hidapi dulu, memang isteri dia memang tahap bahaya tapi bapa mertua dia berusaha mengubati anak walau dalam keadaan payah dan stress sebab isterinya sendiri sakit dan kena jaga anak-anak.
Baca Juga : Pengalaman Suami Guna Daun Belali Gajah Ubati Linfoma
Kami berkongsi pendapat orang yang hidap kanser (limfoma, pengalaman suami dan isteri driver ni) mereka tak boleh stress dan kata driver Maxim ni, ada 3 perkara yang perlu dielakkan dari pesakit ni iaitu, jangan bagi mereka stress, jangan bagi mereka rasa tersisih dan jangan bagi mereka merasa mereka beban.
Nama Pemandu : Azrul Bin Amron (VBE3314 / Axia Silver)
Rating Apps : ***** (4.55)
Hari 3 / Khamis
Kami dapat Grab Myvi dan kali ni kami 3 orang jadi masuk dan duduk belakang tapi driver minta duduk depan sebab kereta dia lowered. So umi pun keluar dan duduk depan sementara KY dan Cikcha duduk belakang.
Lepas lalu depan Masjid Usmah Bin Ziad, tengok dia masuk kiri, ingatkan dia akan ikut Setiawangsa, Keramat dan masuk Semarak tapi dia naik highway DUKE. Bila tanya, kenapa naik highway, dia cakap dia ikut waze.
Lahh, kenapa driver Grab ni tak tanya dulu sebab kalau guna highway, pelanggan kena bayar tol dan jauh pulak tu dia pusing.
Bayangkan kalau ikut jalan biasa 8KM tapi ikut highway ni 20KM, memang driver ni ni main tangkap muat jer memandu ke apa?
Pemandu :
Rating Apps :
Bila tengok apps Grab, memang terkejut dengan harga RM33, jadi kami guna MAXIM dengan harga yang lebih kurang sama dengan sebelum ni, tapi driver akan sampai dalam 19 minit. Uishh tu dah lama sangat tu sebab KY ada meeting online, jadinya kami cuba lagi di aplikasi Grab dan dapat pulak harga yang sama dan driver yang akan sampai dalam 4 minit. Legalah juga sebab tak perlu tunggu lama.
Memandangkan dia bawa AXIA, jadi fikir nak kena duduk depan tapi dia cakap duduk belakang. Erm, seat depan pun dah penuh barang kat lantai. Masuk ke bahagian belakang pun semak dengan botol air kat lantai.
Waktu dia masuk ke kanan menghala ke Jalan Tun Razak, KY dah kata kenapa tak terus ke Bulatan Pahang dan ikut Jalan Genting Kelang tapi umi cakap macam jalan tu sesak. Dalam fikiran dia akan melalui depan Istana Budaya, Perpustakaan Negara dan masuk ke Jalan Semarak.
Tup tup dia naik lebuhraya, ehhh kenapa dia tak tanya, bila tanya dia kata ikut waze. Then ok jer la kot sampai awal tapi dia naik pulak SPE. Dah dua kali kena bayar tol! Kami diam jer lagi. Fikir lepas nii dia akan ambil ke kanan untuk masuk melalui Seksyen 10 tapi dia terus menuju ke DUKE!
Dia masuk DUKE, highway DUKE!
Masa ni memang dah geram, tanya dia kenapa dia masuk DUKE balik kenapa tak ikut kanan? dia cakap dia tak tahu. Cakap kat dia kalau tak tahu kenapa tak tanya?
Memang saya tinggi suara la juga sebab teruk sangat nak sampai ke Wangsa Maju, dia cuma ikut maps dan tak tengok signboards!
Pastu dia suruh kami turun. Turun kat tepi highway! Bila saya nak bayar, dia tak nak. Nasiblah tapi memang tak patut pun nak bayar sebab dia memang salah tapi atas dasar kasihan sebab dia dah jemput kami saja.
Bayangkan kami kena jalan kaki dekat highway tu melawan arus, melintas denegan berhati-hati dan mujur juga kereta tak berapa banyak. Kami terpaksa menapak hampir 10 minit untuk ke taxi stand yang terletak berdekatan Desa Tun Hussin Onn.
Memang pengalaman ngeri dan geram sangat.
Pemandu :
Rating Apps :
Alhamdulillah, tak lama kami tunggu untuk dapat Grab ke 3 (VIOS). Seorang anak muda cina yang keretanya bersih dan kami sampai ke rumah dalam 3.15 petang.
Pemandu :
Rating Apps :
Hari 4 / Jumaat
Pemandu :
Rating Apps :
Pemandu Mealyu ni agak berumur dan dari loghat bahasa yang dituturkan memang sah dia orang Kedah dan bila tanya tu memang kami borak sakan. Kata driver yang dah pencen dengan Jabatan Pertanian ni, orang Kedah suka cakap nak mampuih. Contonya, sedap nak mampuih, jauh nak mampuih dan ayat mampuih ni memang selalu ada.
Memang betul dan memang seronok berborak apatah lagi umi bagitau dia yang encik suami pun orang Kedah.
Dia bercerita pasal keluarga dia, anak-anak semua dah kahwin dan ada seorang anak yang menghidap penyakit limfoma darah tahap 4. Anak yang sangat bijak dan cemerlang dalam pelajaran dan ilmu agama tapi hanya dipinjamkan sekejap.
Nama Pemandu : Che Haron Ramli (WUP7000 / Bezza putih)
Rating Apps : ***** (4.85)
Ada Persoalan..
Kesimpulan
Apa pun setiap pemandu e-hailing ni sewajarnya greet penumpang walau dalam apa mood sekali pun, sebab mereka ni macam peniaga nasi lemak juga. Senyum, bagi salam/greet untuk dengan penumpang mereka dapat rezeki.
Penumpang juga harus greet/ucap salam pada driver yang sudi membawa mereka
Sepanjang pengalaman guna teksi atau e-hailing ni memang umi akan greet atau ucap salam supaya mereka rasa dihargai dan berborak sikit-sikit tapi kalau yang peramah tu, memang berborak bagi pendapat dan sebagainya. Yalah kita perlu perkhidmatan mereka kan.
Memang seronok bila bercerita dengan pemandu e-hailing atau teksi ni, kita boleh dapat pengalaman, boleh gembira ketawa terkekek-kekeh atau boleh menangis dengar kisah orang yang tidak baik nasibnya.
Mungkin mendengar cerita mereka ini kita boleh jadikan contoh dan buat sempadan buat penumpang dan juga pemandu teksi atau e-hailing ni.
2 Comments
Ammi jarang nak e-hailing yg perlu guna laluan berbayar. Kalau ada pun biasanya driver akan ckp, “Puan, waze tunjuk guna tol, boleh ke?”
ReplyDeleteTak pernah lagi guna e-hailing, biasanya naik bas/mrt.
ReplyDeleteKita pun jenis tak suka awkward situation bila bersama dlm kereta, senyap ja mcm dlm perpustakaan.
Setiap hari Jumaat, kita jadi pemandu transport 6 org anak blk sekolah, memang kita bercakap ja, dorang ramai semuanya krik-krik-krik, halaaa bowring.
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!