Martabak Manis Tetangga Kita Kini di The Campus Ampang

Kalau dulu bila teringin nak makan martabak manis dari Tetangga Kita, kena fikir dua tiga kali sebab nak pergi beli jauh, nak guna delivery servis pun mahal sebab lokasi kedai Tetangga Kita terletak di Hartamas. 



Tetangga Kita

Tetangga Kita ni satu jenama dari Indonesia yang sangat popular dengan street snack yang menyajikan martabak manis yang sama macam apam balik disini.

Kali pertama makan martabak manis ni semasa Tetangga Kita hasil kolaborasi dengan The Hope Branch, baca sini  

Bezanya martabak di sini menyajikan bukan hanya citarasa manis tapi juga perisa savori dan sama macam apam balik yang boleh dipilih iaitu jenis tebal lembut atau nipis dan rangup.


Tetangga Kita Di The Campus

Hari tu sebelum puasa, kami ke Ampang Point Shopping Complex untuk cari baju sempena Hari Raya Aidil Fitri dan waktu nak balik tu anak-anak minta habibi singgah ke The Campus yang dulunya ISKL


Ampang Point dan sekitar kawasan sini memang cukup umi kenali sebab kat kawasan sinilah kerja yang paling umi cukup suka dengan pengalaman manis lebih 5 tahun bekerja dengan AEG Westinghouse, kontraktor pembina STAR LRT, LRT pertama  di Malaysia.

Kot kalau jumpa gambar lama bekerja kat sini, mungkin ada entri la kot. 


Berbalik pasal The Campus Ampang ini dulunya bekas tapak International School Kuala Lumpur (ISKL) yang telah dibuah suai menjadi ruang komuniti yang meriah.


Menu Tetangga Kita

Tak pasti bila kedai ni dibuka di The Campus tapi sebab ni bukan pertama kali anak-anak ke sini untuk ngopi tapi pertama kali diaorang bawa umi ke sini.


Kalau sesiapa yang tak pernah makan martabak manis ni, korang boleh cuba perisa Ovamaltine atau Nutella Keju Kacang atau boleh try yang lain-lain ikut selera.


Beli martabak manis, dapat beg sambil kita tersenyum manis.


Apa Yang Ada Di The Campus, Ampang

1. Kedai runcit premium Qra Grocer & Bakery dengan sudut gaya hidup & minuman kesihatan 




Selain kedai serbaneka myNEWS, ada banyak kafe, gelato dan bakery seperti Taffy Gelato, Piccoli Lotti, Universal Bakehouse, Jibby Chow dan Eg’s Wok Kitchen yang terdapat dalam The Campus tapi kami tak masuk pun. Mungkin lain kali.


Ruang yang merupakan bekas kantin sekolah kini dikenali sebagai The Playground, tempat untuk workshop, bazar, dan pop-up market. Lokasi sering digunakan untuk acara seni, muzik, dan aktiviti komuniti kreatif.



Memandangkan ia merupakan tapak ISKL, jadi terdapat kemudahan sukan dan pendidikan seperti padang bola, gelanggang bola keranjang, dan kolam renang (kelas renang dijalankan). Ada juga aktiviti kesihatan dan seni di sini.

Disini juga ada ruang  untuk perniagaan fesyen tempatan, barangan rumah dan studio kreatif.


Tempat ni memang jadi tempat tumpuan untuk remote work.

.

Lokasi & Akses

Terletak di Lot 7706, Jalan Kolam Air Lama, Hulu Kelang, Ampang, Selangor, mudah dicapai memandu atau e-hailing dari stesen LRT Ampang (kira‑kira 25 minit berjalan + 10 minit e‑hailing) atau anda boleh parkir di tapak yang luas dan masih PERCUMA.


Post a Comment

0 Comments