Dinner Di Grill Haven, Ingatkan Kedai Jepun Rupanya..

"tak pe ayah akan teman Aca naik tren sampai office Kak Cik, pastu kami akan naik tren balik sambil makan angin" kata habibi minggu lepas. Risau nak biarkan si bongsu naik tren 32 stesen hingga ke Sunway Lagoon seorang diri. Dalam masa yang sama umi dapat bawa mereka rasai naik tren sejauh 28 stesen hingga USJ7 kemudian 3 stesen BRT ke Sunway Lagoon.



Plan Bertukar

Cadangnya kami berdua nak balik naik tren, mungkin singgah dinner kat tengah bandar tapi KC Iman insist kami ikut diaorang. Macam-macam dia bodek si ayah untuk join bersama dan bila ditanya nak bawa makan kat tempat rahsia. 

Si ayah ni bila anak-anak perempuan pujuk memang cair.


Makan Malam Di Grill Haven

Maka ikutlah kami jadi penumpang ke lokasi rahsia tapi nak sampai ke lokasi tu masa 45 minit sebab kesesakan jalanraya dan memang waktu semua orang balik kerja.

Mujur habibi layan jer duduk kat belakang dan bertambah mujur hari Khamis tu tu Abang Teh ambil alih menginap kat rumah bonda, so umi pun kiranya free la tak perlu bergesa balik untuk rutin. 

Bila sampai ke lokasi, masalah nak cari parkir pulak dan akhirnya dapat juga parkir selepas 3 kali pusing. 

Bila sampai depan kafe ni, masih penuh pelanggan tengah nikmati makanan dan terpaksalah kami tunggu sementara menanti kekosong tempat duduk untuk kami berlima.


Ingatkan kedai makan Jepun tapi bukan ya. Jom tengok apa yang kami makan.


Menu Pilihan

Memangkan umi dan ayah ni oldskool, jadi biar je anak-anak buat pilihan untuk kami. Lagipun anak-anak dah beberapa kali makan dan tapau. 





Ebi Haven (RM17)
Sedap betul rasa gulungan milk bun yang diletakkan udang sejuk, disiram mayonis Jepun, ditabur paprika dan daun bawang. 


Ultimate Haven (RM14.50)
Roti yagn diletakkan isi daging seberat 85g, disiram keju, diletakkan daun lettuce dan sos burger yang sedap. Roti susu ni memang cukup lembut.



Chicken Tenders (RM9.00)
Kepingan isi ayam disalut tepung, digoreng dan disiram dengan mayonis Jepun. Saiz kepingan ni pun besar, memang puas. Mujur juga kami ambil yang 3 keping. 



Seduck (RM29.00)
Grilled duck breast topped with garlic aioli, sliced Japanese cucumber and onion served in sourdough



Fish And Chips RM22
Deep-fried battered Dory fillet served with a side of tartar sauce and fries


Untuk minuman pulak kami ambil air masak putih, Americano, vanilla shakes, strawberry matcha, dan coconut cold foam taro.

Taro tu favorite cik Meya, sedap dan recommended.


Memandangkan dua anak bujang tak ikut, umi pun mintak KC Iman tapaukan 2 set snuggling tots ni.

Snuggling Tots RM22.50
Kentang yang dilenyek kemudian dikepal jadi saiz kecil dan digoreng, ada kepingan daging, daun bawang dan jeruk Jalapeno dan sos keju. Memang sedap dimakan kalau panas-panas.




Alhamdulillah, memang puashati makan kat sini dan sesuai ikut selera kami. Mungkin lain kali boleh datang lagi tapi bila nak fikir payah juga nak cari parkir dan kedai full house, mungkin minta anak tapaukan jer la.


Waktu berjalan ke arah kereta kami ternampak seorang  peniaga tepi jalan menjual bag anyaman. Niat cuma nak tanya tapi kesian pulak bila dia kata hari ni tiada lagi yang terjual.


Pilih punya pilih, bag warna kuning jadi pilihan Cik Meya dan terus pulak dia membayar. Alhamdulillah, rezeki tapi sebenarnya jadi mak ni kita segan bila anak membayar untuk kita. Mungkin  pada orang lain tidak tapi pada umi, tetap rasa segan.


Lokasi 

Grill Haven KL 

46-G, Plaza Damansara, Jalan Medan Setia 2 50490 Kuala Lumpur Kuala Lumpur · 016-977 4707


Post a Comment

0 Comments