Dah lama tak buat sarapan sandwich Pattaya, roti telur bungkus gaya Thai atau macam bungkus ala Pattaya ni sebab nasi goreng dah jadi sebahagian sarapan setiap hari dan kenyangnya sampai ke waktu untuk makan tengahari kami jam 5 petang. Nak buat nasi goreng ni paling mudah, janji ada nasi lebihan semalam dan bahan-bahan untuk buat nasi goreng ni memang dah ada stoknya, cuma buka bekas dan masak.
Asal-Usul Resipi
Ya, betul! Menu ini berasal dari Thailand dan dikenali dengan nama “Roti Telur Bungkus” atau dalam Bahasa Thai “Roti Sai Kai” (โรตีใส่ไข่) atau “Khai Jiao Yat Sai” (ไข่เจียวยัดไส้)
Tapi versi yang saya buatkan ni sejak tahun 2015 lebih mirip dalam budaya jalanan Thailand sebagai “Mataba” (มะตะบะ)
Memang ya, roti bungkus yang saya buat tahun 2015 memang inspirasi dari negara gajah putih tu tapi lebih diimprovice untuk cita rasa sendiri.
Kalau nak tahu roti yang dibungkus dengan telur dan berintikan daging atau tuna, sangat popular di selatan Thailand dan kawasan dengan pengaruh Islam dan paling penting saya suka sebab mengenyangkan.
Perbezaannya
• Khai Jiao Yat Sai = telur dadar yang disumbat dengan inti (ayam, sayur, tuna).
• Mataba (Murtabak) = roti nipis diisi inti, dibungkus dengan telur di luar, dan digoreng.
Tapi kalau guna roti putih biasa (seperti roti sandwic), dibalut telur dan digoreng – ia biasanya disebut sebagai:
Resipi Roti Telur Bungkus Gaya Thai Asli
Beginilah resipi cepat sedap sedia buat mak-mak yang sibuk tapi kalau anda punya masa yang lebih dan nak lebih sedap boleh gunakan daging cincang, ayam cincang tapi ianya harus dimasak. Apa pun resipi saya ni ala resipi asli Thai untuk Roti Telur Bungkus Gaya Thai (inspirasi dari Mataba dan Khai Jiao Yat Sai) yang popular di selatan Thailand.
Bahan-bahan
Untuk Inti:
1 tin tuna (dalam air/minyak) – ditoskan
1 biji bawang merah – dihiris nipis
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 biji cili merah atau cili padi – dihiris (nak pedas, boleh tambah)
Sedikit perahan limau nipis
Daun ketumbar atau daun bawang – dicincang (optional)
Sedikit minyak untuk menumis
Untuk Bungkus
2 keping roti putih
2 biji telur
1 sudu besar susu segar atau air (untuk lembutkan telur)
Secubit garam
Cara Penyediaan:
1. Gaul kesemua bahan dan letakkan di atas roti.
2. Pukul telur bersama susu dan secubit garam hingga sebati.
3. Panaskan kuali dan letakkan mentega atau sedikit minyak. Saya suka guna mentega sebab telur akan lebih melekat dan mudah semasa proses penyediaan roti telur bungkus.
4. Tuang separuh adunan telur dan biarkan melebar sedikit seperti lempeng nipis. Lenggangkan kuali supaya telur melebar dan menipis
5. Letakkan sekeping roti, letakkan bahan inti seratanya. Kalau suka boleh letak cheese dan sos cili. Ambil sekeping lagi dan letak di bahagian atas. Macam sandwich
6. Lipat lebihan telur ke arah tengah (seperti bungkus bantal, sama macam nasi goreng pattaya).
7. Balik perlahan-lahan untuk masak sebelah lagi hingga keemasan.
8. Angkat dan hidangkan, sedia untuk dimakan.
🌶️ Tips Tambahan:
• Boleh tukar tuna kepada ayam cincang, daging kisar, atau sayur campur untuk versi vegetarian tapi harus dimasak tidak seperti guna tuna dalam tin yang sudah sedia boleh dimakan.
• Makan dengan sos cili Thai, mayonis atau sambal kicap – memang padu!
• Untuk versi lebih Thai, tambah daun ketumbar dan sedikit perahan limau semasa hidang.
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!