"tak pe ayah akan teman Aca naik tren sampai office Kak Cik, pastu kami akan naik tren balik sambil makan angin" kata habibi minggu lepas. Risau nak biarkan si bongsu naik tren 32 stesen hingga ke Sunway Lagoon seorang diri. Dalam masa yang sama umi dapat bawa mereka rasai naik tren sejauh 28 stesen hingga USJ7 kemudian 3 stesen BRT ke Sunway Lagoon.
Plan Bertukar
Cadangnya kami berdua nak balik naik tren, mungkin singgah dinner kat tengah bandar tapi KC Iman insist kami ikut diaorang. Macam-macam dia bodek si ayah untuk join bersama dan bila ditanya nak bawa makan kat tempat rahsia.
Si ayah ni bila anak-anak perempuan pujuk memang cair.
Makan Malam Di Grill Haven
Maka ikutlah kami jadi penumpang ke lokasi rahsia tapi nak sampai ke lokasi tu masa 45 minit sebab kesesakan jalanraya dan memang waktu semua orang balik kerja.
Mujur habibi layan jer duduk kat belakang dan bertambah mujur hari Khamis tu tu Abang Teh ambil alih menginap kat rumah bonda, so umi pun kiranya free la tak perlu bergesa balik untuk rutin.
Bila sampai ke lokasi, masalah nak cari parkir pulak dan akhirnya dapat juga parkir selepas 3 kali pusing.
Bila sampai depan kafe ni, masih penuh pelanggan tengah nikmati makanan dan terpaksalah kami tunggu sementara menanti kekosong tempat duduk untuk kami berlima.
Ingatkan kedai makan Jepun tapi bukan ya. Jom tengok apa yang kami makan.
Menu Pilihan
Pilih punya pilih, bag warna kuning jadi pilihan Cik Meya dan terus pulak dia membayar. Alhamdulillah, rezeki tapi sebenarnya jadi mak ni kita segan bila anak membayar untuk kita. Mungkin pada orang lain tidak tapi pada umi, tetap rasa segan.
Lokasi
Grill Haven KL
46-G, Plaza Damansara, Jalan Medan Setia 2 50490 Kuala Lumpur Kuala Lumpur · 016-977 4707
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!