Kerabu Pegaga Dengan Udang Bersantan Airtangan Habibi

Selamat Berpuasa buat semua sahabat muslimin dan muslimat yang dikenali secara peribadi mahupun di sini. Kejap jer dah 7 hari kita menjalani ibadah puasa dan semoga terus diberikan kesihatan yang baik dan kesabaran serta ketabahan dalam kehidupan seharian yang mencabar ni

Resipi Istimewa Ramadan

Kalau bulan puasa ni resipi istimewa yang dah terpahat untuk dibuat pastinya nasi ulam utara tapi masih ditahan niat sebab kena tunggu weekend baru syok nak buat dan kalau rajin nak buat live. Selain tu mestilah pelbagai jenis kerabu seperti kerabu selom, kerabu tauge, kerabu tembikai, kerabu pegaga dengan udang dan senarai kerabu yang panjang ada dalam fikiran. Haha.

Kalau kerabu pegaga dengan udang bersantan ni memang hanya airtangan hubby je sebab kerabu favorite dia dan kami semua kerana hasil airtangan hubby. 


Resipi Kerabu Pegaga Dengan Udang Bersantan

Bila berpuasa ni kita suka makan yang sejuk, masam dan secukup rasa bagi menambah selera makan tapi janganlah terlebih makan, satgi terculas pulak solat tarawih.

Macam umi pulak, bila berbuka ni cuma minum air masak (sekali sekali buat air manis jugak), makan murtabak Kg Baru atau roti john titiwangsa yang jadi kemestian setiap bulan Ramadan tapi kali ni baru sekali untuk keduanya sebab tak larat nak beratur membelinya. 



Bahan-bahan

1 ikat daun pegaga

10 ekor udang saiz sederhana

1 mangkuk santan pekat


Bahan dikisar

7 tangkai cili kering

3 sudu kelapa parut (bahagian putih)

1 ulas bawang besar

2 ulas bawang merah

Belacan sebesar ibu jari

Asam jawa sebesar ibu jari


Cara Penyediaan

1. Daun Pegaga dibersihkan, dihiris halus dan direndam dalam air panas yang diletakkan garam. Selsai dihiris, dan direndam dalam 5 minit. Toskan.



2. Sementara itu, rebus udang dengan sedikit garam hingga masak. Tutup api dan keluarkan udang dari periuk rebusan. Simpan air rebusan. Potong udang dalam saiz kecil.



3. Masukkan bahan (untuk dikisar) didalam pengisar, kisar hingga halus.


4. Campurkan bahan yang dikisar kedalam mangkuk berisi hirisan daun pegaga, masukkan santan, sedikit air rebusan udang dan gaul hingga sebati


5. Akhir sekali, masukkan udang yang direbus. Gaul hingga rata dan sebati. Perasakan dengan sedikit garam (kalau kurang masin). Kalau suka lebih lemak, boleh tambah santan lagi. Siap.


Selamat mencuba.

Post a Comment

0 Comments