Resepi Mee Bandung Ringkas Dan Sedap Memikat Selera | Dah lama masak mee bandung ni tapi baru ada kesempatan untuk up entry kat blog ni sebab hanya ni la satu-satunya gambar yang dijumpai.  Teringat kat Kyla staff pejabat lama dulu, dia cakap mak dia memang pandai buat mee bandung dan juga meniaga mee bandung dan rahsia kesedapan mee bandung mak dia ialah penggunaan daging.  Memang setuju sangat dengan Kyla ni sebab daging rasanya manis tapi bukan macam gula la ya.  Teringat jugak kenangan buat agar-agar bersama Kyla untuk majlis di pejabat beberapa tahun yang lampau...haa entah la memang hancur sebab sukatan ntah apa-apa.  Indah sungguh kenangan tu!

Ok, lupakan kenangan lama tu tapi ni nak kongsi resepi mee bandung ringkas dan sedap buatan sendiri.
Resepi Mee Bandung Ringkas Dan Sedap Memikat Selera
Bahan-bahan:-
1 bungkus me kuning, dicelur dalam air panas sekejap dan toskan
200 gm daging (atau ayam), direbus

4 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
10 tangkai cili kering/cili giling
sedikit udang kering *
2 sudu besar sos cili/sos tomato/sos tiram (dicampur dalam mangkuk)
2 biji kentang, direbus dan dilenyek/kisar
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Bahan * dikisar atau ditumbuk


Bahan hiasan:-
bawang goreng
daun sup dan daun bawang
telur (direbus) dan dibelah 


Cara membuatnya:-

  • Panaskan minyak di dalam kualai dan masukkan bahan yang dikisar, digoreng hingga garing dan kemudian masukkan cili giling dengan api sederhana
  • Bila cili dah kelihatan masak, masukkan daging/ayam yang direbus bersama air rebusan. Renih hingga mendidih
  • Masukkan ubi kentang yang dilenyek/kisar dan masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram dan gaul hingga sebati dan sedikit gula.
  • Akhir sekali masukkan sawi dan tomato, padam api dah masukkan garam dan pindahkan kuah ke dalam periuk

Untuk hidangan perseorangan:- masukkan kuah kedalam kuali, masukkan mee dan kemudian pecahkan telur.  Tutup api dan masukkan kedalam mangkuk dan letak bahan hiasan.



Nota :
  • Resepi mee bandung ini rasanya manis, pedas dan masin2 sikit.
  • Jangan biarkan mee direndam lama dalam kuah supaya tidak terlalu kembang. 
  • Sesuai dimakan semasa masakan masih panas.

e050408/pv277/up300320