Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan | Memang tak pernah terfikir untuk menginap di Pekan dan bila dapat kesempatan ni memang teruja memandangkan ini adalah kali pertama kami akan menginap di Pekan dan lebih teruja untuk merasai penginapan roomstay! Mana tak seronok sebab roomstay yang kami bakal kami duduk ni ala-ala motel ni hanya dalam 5 minit perjalanan ke UMP dan berdekatan dengan laut dan perkampungan nelayan yang terletak di Kuala Pahang.

Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan
Hari Pertama
Sepertimana yang DH dah rancang kami 4 beranak bertolak jam 10 pagi dengan mood santai tu yang  sempat singgah beli Corndog kat Chun di Petronas Temerloh. Bila sampai Kuantan perut berdendang lapar dan mujur restoran yang kami cari tapi andai tak jumpa Sara Thai Kitchen antara yang ada dalam fikiran untuk kami mengisi perut.
Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan
Restoran Meedah di Kuantan
Komen : tak recommend la sangat selain harga yang agak mahal lauk pun tidak begitu menarik perhatian dan ikan patin tempoyak tu memang tak lepas piawaian selera.  Kot ada kerajinan akan ada entri untuk kedai makan ni la ya.

Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan

Selesai makan, destinasi seterusnya ke HTAA untuk sesi temujanji KY dan selesai je kat situ dalam jam 4 petang kami terus bergerak ke Pekan. Sempat juga la stopover untuk bergambar tapi sekejap je sebab hujan dah mula turun. Memang jenuh dengan unpredictable plan ni dan untuk ini akan ada entri lain jugak..hehe 

Akhirnya kami sampai ke roomstay dan ambil kunci dalam jam 5 petang, mandi, solat jamak dan berehat sebelum keluar balik untuk makan malam di Restoran Sumpit-Sumpit yang ekslusif dengan dekorasi dan persekitaran yang menarik perhatian. Tempoh hari kami lalu tapi restoran ni tutup tapi mujur tidak kali ni.
Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan
Roomstay ni kami recee sewaktu menghantar KY balik Pekan memandangkan sangat berdekatan UMP dan kononnya DH seorang jer yang akan menginap sebab cikapplepie kan baru naik sekolah. Konon jer la kan
Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan
Ruang santai di depan setiap unit bilik yang menempatkan meja dan kerusi untuk tetamu yang suka bersantai sambil menikmati minuman. Kedudukan penginapan kami ni mengadap jalanraya jadi boleh layan tengok orang kampung lalu lalang menaiki motosikal menghantar anak sekolah sesambil tu boleh tengok kehijauan pokok-pokok bergoyangan di tiup angin dari arah laut...memang tenang sungguh.
Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan
Binaan berjubin seakan para  yang menempatkan sinki memang cukup ringkas cukup memadai dan kami juga bawa dapur gas kecil kekonon nak memasak air atau maggi sekiranya terasa lapar tengah malam tapi korang jangan risau banyak jer kedai yang terdapat di sekitar.
Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan
Bilik kami Family room yang menempatkan satu katil Queen dan satu katil Single untuk kami berempat tapi kalau ada satu atau dua tambahan ahli lagi boleh la bawa comforter dan bentang kat lantai jubin tu.
Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan
Di bilik ni tersedia penghawa dingin, sebuah almari beserta sejadah, tv LCD tapi masih belum berfungsi sebab kata anak tuanpunya binaan roomstay yang kami duduki tu masih baru. Di bahagian belakang roomstay kami pun tuanpunya tengah nak naikkan lagi beberapa unit.

Memang selesa, bilik yang bersih dan persekitaran pun bersih tapi mungkin pihak tuanpunya boleh tambah yang saya rasakan amat perlu supaya penginap merasa lebih selesa seperti
  • Penyapu didalam sebab persekitaran yang berpasir 
  • Alat penyangkut di dalam bilik air 
  • Tempat letak sabun/syampu
  • Alat penyangkut di dalam bilik
  • Lampu sidetable atau lampu kecil 
  • Seterika dan papan menggosok
  • Kipas siling sebab bukan semua penghuni suka aircond
  • Tong sampah besar di halaman roomstay

Bagi yang berminat untuk bercuti di Pekan boleh tempah roomstay Warisan | No Telefon : 6013 998 8613 | Alamat : Jalan Benta-Lamir, Perumahan Dato'Shahbandar, C103, Kampung Jambu, 26600 Pekan Pahang


Hari Kedua
DH ajak cari sarapan pagi di gerai yang berdekatan, so kami pun keluar berdua memandu mencari sesuatu yang ringan untuk alas perut dan akhirnya kami singgah di Warung Mektam D'Kuala untuk roti canai, teh tarik dan nasi minyak buat cikapplepie lapik perut.

Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan

Sementara menunggu untuk keluar makan tengahhari, sempat KY masih sempat mengulangkaji dan menghafal dengan bantuan cikapplepie memandangkan KY akan menduduki kertas peperiksaan di sebelah petang sementara tu DH sempat la berehat-rehat memalaskan diri...penat kot memandu dari KL sebelum tu.
Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan

Jam 1230 kami keluar untuk makan tengahhari di Warung Rahmat DK yang cukup popular di kalangan siswa siswi UMP. Makanannya sedap dah harga pun sangat berpatutan terutama buat pelajar yang menginap disekitar.  Selepas menghantar Kak Yang ke UMP kami terus ke Kuala Pahang untuk mendobi kain baju. Jadi korang tak perlu risau kalau menginap di sini terdapat kemudahan kedai dobi dan pasaraya apatah lagi kedai makan.

Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan

Dinner malam terakhir kami di Restoran Warisan kepunyaan anak tuanpunya roomstay yang terletak bersebelahan tempat tinggal jadi cuma perlu jalan kaki dalam seminit jer. Rasa makanan yang not bad dan harga pun agak berpatutan.  Waktu kami tengah menghayati makanan, hujan pulak turun dengan lebat tapi tak la risau sangat sebab bilik kami cuma beberapa langkah dari kedai makan!.


Hari Ketiga
Lepas subuh tu dah bersiap nak pergi tengok matahari naik tapi DH cakap cuba tengok langit tu gelap nak hujan...memang nak sentap tapi bila DH kata ok jom bersiap dan lepas tu kita cari sarapan pagi...terus hati berbunga..hehe. Senang kan nak tackle hati isteri ni kan!

Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan

Perjalanan ke Kuala Pahang ni adalah lebih kurang 10 minit dan suasana tu agak sunyi dengan pemandangan beberapa orang masih dalam selimut tidur di pondok yang terbuka mengadap laut. Angin tak usah nak cakap la punya kuat berdesir sampai terasa ngeri pun ada dengan alunan air laut menghempas pantai dan jeti kayu.
Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan

Memang cantik pemandangan dan saya pun mencari keberanian untuk menjejak kaki di jeti kayu semata-mata nak bergambar hingga makin lama makin ke tengah jeti.  Sempat juga bertanya dan meminta izin pada pakcik yang nak ke laut tu...ye la tempat orang kan

Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan

Balik dari bergambar sakan kat jeti Tun Teja tu kami singgah bersarapan di salah sebuah warung yang tak susah nak cari sebab banyak sangat warung yang dibuka awal.  Apa yang diperhatikan bukan nelayan yang singgah tapi mungkin kakitangan awam juga.  Apa yang kami makan? tunggu next entry..InsyaAllah

Sampai di roomstay, cikapplepie dan KY masih berselimut tidur dengan lena. Memang la syok sebab cuaca sejuk kan.

Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan

Jam 1200 kami dah check out dan hasrat DH untuk makan di warung berdekatan dengan lokasi pengambaran PolisEvo 2 di Kampung Serandu tercapai! Ok nanti akan cerita pasal Warung Cili Padi Serandu ni di entri kemudian ya.

Selesai makan kami berpatah balik ke UMP lebih kurang 10 minit jer bagi KY menduduki kertas  periksa akhir.  Memula ingat nak ke Pasaraya Mydin di pekan tapi bertukar bila DH terasa nak layan angin laut di Pantai Air Leleh tapi tak kesampaian bila ianya ditutup untuk penyelengaraan so kami ambil keputusan untuk berehat di salah satu kawasan pantai yang agak redup.

Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan

Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan

Haa..jangan tak tau memang sempat pulak berfoto kat sini sambil melayan angin laut yang bertiup kuat tapi tak lama sebab KY dah call bagitau dia dah selesai so we rush back to UMP untuk jemput dan destinasi seterusnya mestilah balik KL.



Seperti kebiasaan cikapplepie tu memang cepat sungguh berasa lapar jadi kami berhenti di Kuala Kuantan untuk penuhi permintaan dia. Memang lapar sungguh bila dia memesan nasi chicken chop, KY dengan nasi goreng dan saya berkongsi rojak buah dengan DH tapi serius ralat sebab bukan kuah rojak tapi kuah cair yang boleh dipanggil salad buah.  So memang tak recommend sangat even nasi goreng pun terlebih kunyit tapi bagi cikapplepie, makanan dia tu sedap..budak tengah nak membesar kan..

Alhamdulillah kami sampai KL kurang lebih jam 9 malam dengan badan yang cukup penat dan perlu rehat sebab esok DH dah mula kerja.

Good nite readers!

1223 words

8 Comments

  1. İnteresting places 😊 thanks for your sharing 😊

    ReplyDelete
  2. Sangat menarik seumpama membaca sebuah dairi perjalananku...

    ReplyDelete
  3. Billa dekat dengan kampung atau jeti nelayan tu yang seronok sangat.
    Moga nanti-nanti kalau datang lagi apa yang perlu ditambah sudah ada..aamiin.

    ReplyDelete
  4. menarik jugak tu kak, dana tak pernah lagi stay jalan-jalan ke pekan... kalau takat lallu je adalah...
    best jugak nampak ada panta tuh... cantik jugak roomstay nya tuh luas jugak tu...

    ReplyDelete
  5. cantiknya tempat. kemudahan punn banyakk :D

    ReplyDelete
  6. best juga jalan-jalan di pekan, xpernah lagi sampai sana. ♕ Tiara Sapphire ♕

    ReplyDelete
  7. Menarik juga tempat yg dikongsi tu.. lama juga tak bercuti ni.. huhu.. tq for sharing ya

    ReplyDelete
  8. not bad la homestay tu kan.. tapi yang best sebab dapat pergi jalan-jalan tu hihihi

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!