Ramadhan Kembali Mengubat Kerinduan Seorang Aku, Bagaimana Kamu? | Assalammualaikum, siapa rindu akan Ramadhan? Mungkin bagi sesetengah dari kita merasa ahh betapa dia tidak menyukai bulan mulia ini...kenapa? lihatlah pada sudut positifnya dan bukan negatifnya.  Bulan Ramadhan hanya datang sebulan dalam setahun atau lebih kurang 30 hari dari 365 hari sahaja tapi dianggap menyusahkan diri.  Ramadhan bulan kita menginsafi diri, melihat kembali apa yang telah kita lakukan dan akan lakukan.


Ramadhan kembali mengubat kerinduan seorang aku
Ramadhan menjelma dengan penuh keinsafan
Ramadhan menjelma mengajar eri kesabaran
Ramadhan bulan yang sangat dimuliakan

Ramadhan oh Ramadhan
Kehadiran kadang kala ditanyakan kenapa
Kehadiran menguji keimanan
kehadiran mencabar keimanan
Ramadhan bulan penuh keberatan

Ramadan Kembali Mengubat Kerinduan Seorang Aku

Ramadhan Kembali Mengubat Kerinduan Seorang Aku, Bagaimana Kamu?

Sebagai seorang Islam, hormatilah bulan mulia dan perbaiki diri dan dekatkan diri pada Tuhanmu dan berbuat baik pada semua bukan untuk sebulan tapi sebagai langkah perbaiki diri sekiranya kita masih belum memperbaiki akhlak diri. 

Wallahualam

Salam Ramadhan