Ramadan 1433H Yang Menguji Kemampuan Iman Mengajar Diri Untuk Bersabar | Memang letih betul hari ni...orang kata tak baik mengeluh tapi tetap nak meluahkan rasa ketidapuasanhati dengan perihal pejabat mana dengan nak issue tiket untuk warga gomen..nak ke bank la, nak ke Deutsche Bank la untuk settle BSP..aduyaiiii..kurus tak jugak makin tembun pulak..apa la nasib badan...huhuhu

Image result for august 2012 bulan ramadhan
Ramadan 1433H Yang Menguji Kemampuan Iman Mengajar Diri Untuk Bersabar
Nota muhasabah diri : kita yang berasa letih tapi dalam bulan Ramadan di zaman dulu ada peperangan, tak penat atau tak letih ke mereka ni yang berjuang untuk agama Islam.

Pepagi x la pagi sangat pun penghantar surat saman dari JTK datang sebab ex staff lodge report kat JTK..dah lama tunggu depa antar surat tak tiba2 tapi akhirnya hari ni datang juga la..Tu la nasib badan ingat employ orang yang senior siap bagi gaji besar tapi hampeh..pulak tu penuh dengan masalah...mmg nasib badan dapat staff yang hanya bermasalah dan menarik kita bersama...Memang baik pun mereka berhenti kalau tak pun mmg aku akan suruh mereka berhenti! Mana tak nya bayar mahal, result ciput dah tu rupanya ada masalah pulak..hampir tahap bangkrap pulak tu..Ish apa la nasib..

Tahun ni aku masa Ramadan ni aku masuk awal 0830 - 1630 supaya senang nak balik masak dan jengah mak dan abah untuk tengok mereka.  Ya la mak mmg dah berapa kali masuk Hospital dek kerana tahap gula rendah jadi kena pastikan mereka makan.  Tapi hari ni terlewat sampai sebab balik lewat 15min kemudian ke pasaraya sebab kata mak cucunya Si Iesha masih berpuasa...ni nak kena beli coklat sebagai upah.  Bukan bribe tau tapi untuk dia rasa seronok berpuasa dan ada imbuhan gitu

Tak lama tiba dirumah, D'Hubby pun sampai dan ckp dia nak masak.....eh eh macam tetau jer yang kita ni keletihan keluar ke 2 -3 tempat..ni sudah bagus kan..cayang you la D. Hilang terus rasa penat dan keletihan tu semua. Korang pun mesti rasa macam tu jugak kan kalau en suami sudi memasak walau hanya telur mata kerbau!

Ala apa2 pun dia bukan masak yang major tapi credit kat dia gak sebab wifenya x payah penat daa..Lupa la plak nak story yang dia masakan Ayam Goreng Kicap Utara...memang sedap wehhh..memang penuh dengan bahan2 tak macam wife nya yang ala kadar jer (psttt...masak cara orang malas)

So far tahun ni tak buka posa kat luar lagi..ishh macam malas jer nak makan kat luar..dengan nak bersesak, budak2 tu kekadang x behave dengan Ayong yang kat masih belajar dan tinggal jauh rasa macam not fair pulak..Lauk2 pun x beli sebab rasa aku masak lebih sedap...(perghhh puji diri tu)