Kegilaan  bermain game ni dah lama hilang dan kali terakhir bermain computer game ialah Farmville dekat Facebook. Memang jenuh tiap-tiap hari bangun untuk aktiviti jirus pokok, harvest la, pastu tolong kawan untuk harvest dan menjirus pokok sebab mereka tak sempat. Paling win bila boleh main game Mafia untuk dapat extra bonus, walhal haram tak reti nak main dan malas nak ambil tahu, asal dapat bonus lebih dari kawan lain kat Farmville.

Main Farmville juga boleh kenal ramai orang dari negara luar yang main game yang sama dan so far tak ade hanky panky pun, just game.  Ada juga kawan yang beli cash dengan credit card untuk naik cepat dalam Farmville ni..hehe

Selepas Facebook, join Tagged pula sebab untuk networking dengan klien luarnegara tapi end up saya main game. Lama simpan akaun ni sebab tak faham dan tak tahu sangat. Hingga satu masa tu entah macam mana boleh aktif balik dan tengok pasal game Pets ni. Walau tak lalu nak tengok sebab gambar atau profile diaorang ni memang seksi giler tapi mostly memang tak guna gambar sendiri. Dah kata social network untuk dating kan.

Dan sekarang...game terkini yg menjadi kegilaan sy ialah Pets.  Dah jadi ahli Tagged in sejak 2009 tu pun sebab networking dan client Arab ada kat situ..tp stop sebab rasa benci dengan Tagged ni yg terlalu open...maklumlah laman sosial..Kalau kat FB tu ada yg cover and under cover tp kat Tagged ni orang mmg berani tp berani2 pun x la guna nama sendiri...berani ker mcm tu.. Ya, Tagged ni macam MySpace, Friendster juga tapi Tagged punya game yang hebat.

Masa awal tu bila tengok, ada notification, A beli awak, B beli awak, A beli balik, C beli awak dan penuh notification. Ehh jual beli orang ke, punya la takut sampai buat tak tahu jer

Entah macam mana tetiba pada Oktober 2012 tergerak nak jengah Tagged ni..dan termain game ni..game beli orang..hahahaha...kan sini jer boleh beli orang tau.  Yang tak boleh tahan tu orang atau pets ni ada yg seksi giler dan lucah pun ada..tapi sy bukan jenis player mcm tu..dan sememangnya profile sy kat Tagged tu adalah 100% sy dan pic yang ada adalah sy so just be myself.  Keseronokan bermain dengan pets ni sebab dapat owner yg baik, sayang kat pets dan yg penting sy the only pet dia ada..hahahaha

Kemudian bila faham, baru tahu itu game beli dan jual pets dan kemudian jadi lebih menarik sebab ada roda berputar yang kita boleh buat betting, merah atau hitam. Kalau salah, memang akan pokai dan bankrap. Ada yang berani buat taruhan dengan memilih warna sehingga double dan triple. Memang risiko dan bila kalah, kena usaha lagi. 



₣ûzყ® OV tq owner


Yang pasti ramai pengguna Tagged ni ada lebih dari 1 account dan mmg mudah pun nak buat account bila2 masa. Saya? pastinya punya lebih sebab untuk backup bila kalah di Cash Run dan guna untuk backup masa terkena masa di roda.

Menariknya kat sini boleh buat kumpulan yang membantu semasa Cash Run, ada yang berani untuk buat pertaruhan dan rugi tapi bila kalah, keluarlah modal untuk top up dan naik ranking. Pengalaman SSL berada dalam ranking 100 Malaysia, memang bangga dan bila dapat owner punya baik untuk naikkan kita.



Image result for cash run gif

Juga kat sini ada macam Spinning Wheel dipanggil Cash Run yang boleh buat player jadi kaya dan papa sekelip mata...hehe sy dah merasa jatuh miskin bila salah pilih warna...rasa down sangat tapi tu la keseronokannya.  Agak seronok sebab kita main dgn player luar negara dan jadi kawan..ada runs dan ada player yg kaya akan cover jd kita pun jadi kaya utk beli pets yg kita suka..tapi yang tak best nya dalam game ni ramai penipu..so nasib lah

Kalau ada sesiapa nak main..meh sy boleh bagi tips..haha.