Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam sedunia!

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

 BIODATA RASULULLAH SAW
NAMA : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib.
TARIKH LAHIR : Subuh Isnin,12 Rabi'ulawwal bersamaan 20 April 571 Masehi Tahun Gajah.
TEMPAT LAHIR : Rumah Abu Talib,Maakatul Mukarramah.
Gelaran: AL AMIN
Pengasuh Pertama: Ummu Aiman
Ibu Susu Pertama: Thuwaibatul Aslamiah
Ibu Susu Kedua: Halimah As Saadiah
Isteri-Isteri Rasulullah :
1] Khadijah bt Khuwailid.
2] Aisyah bt Abu Bakar.
3] Hafsah bt Umar.
4] Ummi Habibah bt Abu Sufyan
5] Hindun bt Umaiyah.
6] Saudah bt Zam'ah
7] Zainab bt Jahsy.
8] Zainab bt Khuzaimah
9] Maimunah bt Harith.
10] Safiyah bt Huyai.
Anak-Anak Rasulullah :
1) Qassim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6) Ummi Kalthum
7) Fatimah Az Zahra'
Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia b di dalam Syurga."
(Riwayat Al Sajary daripada Anas)
Panjangkan kepada seluruh Umat ISLAM sebagai tanda kecintaan kita kepada NABI MUHAMMAD SAW. 


SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H 


Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Maulidur Rasul pada jatuh pada Rabiulawal setiap tahun. Menurut fahaman Syiah, hari tersebut jatuh pada 17 Rabiulawal serentak dengan hari kelahiran Imamkeenam iaitu Ja'far al-Sadiq dan kelahiran Nabi Muhammad dan bagi Sunni pula jatuh pada 12 Rabiulawal.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul

TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM ~ 2014 / 1435 - 1436 H BAGI MALAYSIA 

TARIKH HIJRI TARIKH MILADI HARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM 

12 Rabiulawal 1435 ~ 14 Januari 2014 Maulidur Rasul 

27 Rejab 1435 ~ 27 Mei 2014 Israk dan Mikraj 

* 1 Ramadhan 1435 ~ 29 Jun 2014 Awal Ramadhan/Berpuasa 

17 Ramadhan 1435 ~ 15 Julai 2014 Nuzul al-Quran 

* 1 Syawal 1435 ~ 28 Julai 2014 Hari Raya Puasa/Aidilfitri 

1 Zulhijjah 1435 ~ 26 September 2014 Awal Zulhijjah 

* 10 Zulhijjah 1435 ~ 5 Oktober 2014 Hari Raya Korban/Aidiladha 

1 Muharam 1436 ~ 25 Oktober 2014 Awal Muharam/Maal Hijrah 

* Tarikh ini akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia 

 Sumber : Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia