Image result for soda bikarbonat
Soda bikarbonat juga adalah agen penaik yang di sediakan secara komersial yang bersifat alkali yang menghasilkan karbon dioksida apabila bercampur dengan asid seperti jus lemon atau cream of tartar dan menaikkan kek atau kuih apabila dimasak.

Soda bikarbonat sering digunakan dalam kebanyakkan kek, biskut atau kuih yang berasid seperti menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus, puri buah-buahan dan lain-lain.

Adunan bahan-bahan ini akan terlarut apabila di gunakan dalam doh yang lembab dan bahan-bahan kimia akan bertindak untuk menghasilkan karbon dioksida. Apabila di bakar ia akan mengembang,sebab itulah kek dan roti yang mengandungi bahan ini akan menaik.

Haa... kan dah nampak sangat cheq ni tak reti buat kek kan.  so next time kalau nak buat kek gula hangus kena la letak soda bikarbonat la kann..hahaa.

Image result for baking powder

Baking powder (serbuk penaik) adalah agen penaik kimia yang disediakan secara komersial.Terdapat dua jenis serbuk penaik iaitu yang jenis biasa dan jenis berganda (double-action baking powder). Jenis biasa digunakan dalam kebanyakkan kek manakala jenis berganda digunakan untuk membuat kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. ia bertindak dua kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih muih lebih gebu dan mekar.

Jom share kegunaan baking soda ni ya..ingatkan baking soda ini untuk baking jer tapi banyak rupanya kegunanya tau..check it out

1. Untuk memasak memang la ini tujuan utama kita beli benda tu pun kan.

2. Deodoran semulajadi - kalau ade sesapa yang tak suka pakai deodoran, atau tak boleh pakai deodoran, boleh guna baking soda ni. Caranya, basahkan ketiak seadanya, pastu tepek la baking soda ni. Macam tepek bedak la jugak kaedahnya.

3. Menghilangkan kesan peluh, daki, minyak - Nak2 pulak baju sekolah anak2 atau uniform suami, berdaki, kotor, korang boleh rendam baju2 tersebut dalam air sabun pastu campur la sikit dengan baking soda dalam air tu.
4. Gunakan sebagai pencuci mulut - Ini bukan pencuci mulut yang ala dessert tu tau. Ni pencuci mulut ala2 listerine tu la. Korang campurkan baking soda dengan air pastu gunakan untuk berkumur. Pasni ni tak yah lagi beli listerine. Jimat duit.
5. Skin exfoliator - tak reti aku nak translate jadi melayu. Kiranya macam skrub muka la. Buat tanggalkan kulit2 mati di wajah tu. Caranya, campurkan baking soda dengan sedikit air sampai jadi pes. Pastu gosok2 la kat muka korang. Tenyeh2 sampai tercabut kulit muka mati atau kulit yang kusam tu.
6. Untuk mencuci sikat, berus rambut - Kadang2 korang perasan tak sikat korang tu dah berkerak2. Penuh dengan sel2 kulit kepala, kelemumur.. Takkan nak cungkil satu2 bilah sikai tu kan. Cara paling senang, bancuh baking soda dengan air suam, pastu rendam la sikat2 & berus korang dalam air tu. Agak2 dah lama, bilas la dengan air biasa. Pasni sikat korang dah bersih dari daki2 tu semua.
7. Garam mandian (bath salt) - selain boleh guna sebagai skrub muka, baking soda pun boleh jadi skrub badan tau. Caranya sama cam buat skrub muka tadi. Tapi untuk lebih best [sebab kult badan tak sama dengan kulit muka], campurkan dengan sikit garam. Kiranya skrub tadi ada bahan tambahan la. Kalau yang suka berendam pulak, campurkan baking soda + garam dalam air rendaman tu. Kalau nak wangi tambah la minyak yang wangi tu.
8. Pemutih gigi - seminggu sekali masa nak gosok gigi, cuba campurkan baking soda dengan ubat gigi tu. Pastu gosok gigi cam biasa. Secara tak langsung boleh memutihkan gigi korang.
9. Pengganti Mopiko - Tau ke apa mopiko tu?? Ubat untuk gigitan nyamuk tu. Kalau takdeMmopiko takpe. Cuba campurkan baking soda dengan sedikit air sampai jadi pes, pastu tepek je kat tempat yang nyamuk gigit tu.
10. Merawat sunburn atau luka akibat pisau cukur, pun boleh guna kaedah mopiko tadi.
11. Membersihkan karpet - Kalau karpet korang kotor, payah2 sangat, taburkan baking soda tu kat karpet, pastu gunakan la vacuum untuk cuci karpet tu. Insya-allah semua kotoran akan hilang.
12. Sebagai syampu kering - penyelesaian untuk rambut berminyak, taburkan baking soda pada rambut lepas tu blow rambut dengan hair dryer.
13. Hilangakan blackhead - Cara macam buat skrub muka juga. Tapi tenyeh la kat tempat blackhead tu. Pasni takyah susah pakai pore pack yang memang kurang berkesan tu.. Heheheh
14. Lembutkan daging - ni memang petua dolu2 ni. Rebus daging dengan sedikit baking soda, supaya daging tak liat.

copypaste : sumber tidak diketahui