Waktu kat kedai nak beli nasi lemak, tetiba hp berbunyi..ehh en lalink call.  Bila dijawab bunyi dia kurang jelas sbb dia menangis..Ya Allah..anak saudara dia yg juga tailor peribadi baru saja dijemput Ilahi..Inalillahiwainnaillahirojiun. Aduhh lemah jadinya bila dengar berita yang sungguh memeranjatkan kami semua.  Allah lebih mengasihinya

Pemilik nama Rohani Bt Ahmad aka lebih dipanggil dgn nama Kak Lang dek anak² dan adik² saudara, Umi kepada 3 cahayamata Aiman, Farhan dan Adam yang sebaya Aca.  Dia dah lama jugak sakit dalam perut..rasanya kanser usus kot sbb perut dia kekdg buncit dan cepat mengah tapi mmg insan yg akan dikenang sbb sungguh ceria dan ringan tulang

Sampai ke rumahnya dah penuh dengan saudara mara dan sepupu dan ditengah rumah sekujur tubuh ditutupi kain batik...kaku dan nampak Adam masih berpakaian baju sekolah..hari pertama persekolahan dan Nan suami arwah telah ke balai untuk buat report.  Suasana hiba dan sayu..tertanya-tanya bila dan cerita kematiannya yang masih samar-samar..tak per tunggu Nan balik nanti tau la cerita sebenarnya..

Lewat tengahhari polis datang untuk buat pengesahan dan kebenaran sebab Kak Nah bonda Kak Lang mahukan jenazah anak perempuan tunggal dia dikebumikan di Kedah.  Kemudian jenazah di bawa ke Masjid untuk dimandikan sebelum dihantar pulang.  SSL pun ambil kesempatan untuk memandikan arwah kerana dia mmg selalu dekat dihati dan mmg kesayangan semua orang dengan ciri-ciri yang baik.

Usai selesai dimandikan, dikafankan jenazah dibawa menaiki kenderaan terakhir menuju kampung halaman.

Anakanda Rohani Binti Ahmad
Tarikh lahiri : 02 Julai 1968
Tarikh meninggal : 12 February 2015

Yang pasti kami akan merinduimu Ani...rindu masakan..rindu riuh rendahmu..rindu segalanya..keramahan..kebaikan..semuanya..Semoga rohmu tenang dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan para solehah.

Teringat dulu Ani teringin nak anak perempuan..acah-acah curi senduk kononnya kalau nak anak perempuan kena curi senduk dari rumah orang yg punya ramai anak perempuan..hahaha..


kenderaan terakhir untuk pulang ke kampung

16 Sept 2014 sewaktu datang ke kenduri anak kakak di Antara Gapi
Arwah Rohani dan anak sulung Aiman

gambar di Bukit Bendera tahun 2011