Resepi Masak Lemak Putih Pucuk Meranti Sedap

by - January 17, 2015

Resepi Masak Lemak Putih Pucuk Meranti  | Dah sekian lama mencari daun meranti aka daun meti sebab tengok kawan sekolah yang dah berhijrah ke Kanada ada post gambar daun yang pahit-pahit  ni..ishh sedapnyaa.  Memang respect kat Zuraidah Abu tu sebab walau menetap di luar negara pun boleh bercucuk tanam..nak dijadikan cerita sempat berborak dengan dia dan dia cakap dia pajak sebidang tanah untuk bercucuk tanam...what? rajinnya dia! tapi lupa berapa besar tah la..dia tanam pucuk-pucuk yang memang senang kita nak dapat kat Malaysia ni.  

Saya ingat dulu bonda saya  rajin jugak beli pucuk ni buat masak lemak tapi hehe dulu memang tak makan la sayuran gini ..udah nama sayur mmg payah nak makan tapi sejak mengandung dulu-dulu kena la makan sayuran kalau tak nanti ada masalah pembuangan bila najis menjadi keras...haaa naiyaa tau dan pasti menyakitkan tapi lebih serius la..haha

Resepi Masak Lemak Putih Pucuk Meranti 
Pucuk meranti ni sejenis tanaman herba ni boleh dimasak atau dibuat ulam dengan cara direbus atau di masak seperti 
  • masak lemak putih campur telur
  • masak lemak putih campur ubi keledek
  • digoreng dan letak ikan bilis, 
  • goreng berlada
  • masak lemak kuning 
  • masak bening 

tapi mungkin ada tukang masak lain yg lebih expert dengan cara masakan yg lain kan..rasanya yang pahit ni memang lain sangat tapi bila dah dibuat masak lemak memang sedap sangat nak-nak ada sambal belacan dan ikan goreng berlada.


Resepi Masak Lemak Putih Pucuk Meranti 

Resepi Masak Lemak Putih Pucuk Meranti 

Bahan-Bahan-
1 ikat pucuk meranti, dibuang batang dan ambil yang muda
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih dihiris,
1 biji cili masak, dihiris
3 biji cili api dihiris
1 biji telur
1 cawan santan

Cara membuatnya

  • Pucuk meranti yang telah diambil daunnya dibasuh dan direndam dengan garam dalam 10 min
  • Basuh sayur meranti dan masukkan ke dalam periuk dengan air, direbus sekejap.  
  • Buang air rebusan dan masukkan santan, bawang serta cili dan dimasak dengan api sederhana. Jangan masak sampai pecah minyak ya
  • Masukkan telur dan kacau perlahan. Tutup api dan letak garam


Kalau rajin boleh buat sambal belacan, regu yang terbaik dan kalau rajin buat ikan goreng berlada.  Memang sedap

You May Also Like

0 Comments

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!