Resepi Bubur Lambuk Sedap Ala Kampung Baru

by - August 28, 2015

Resepi Bubur Lambuk Sedap Ala Kampung Baru | Siapa tak suka makan bubur? kalau bubur nasi kat McD tu ramai sungguh yang makan kan terutama bila kita rasa tak sihat, nak demam dan tak boleh makan sebab sakit gigi kan. Selain senang tak perlu nak tunggu kita kita tak fikir yang kalau kita buat sendiri lebih sedap dan kita boleh buat lebih banyak lagi untuk ahli keluarga yang lain makan.  

Ok, bonda saya kalau kami tak sihat dan tak lalu makan memang akan buat bubur nasi atau kami panggil moi tapi tak letak santan sebab bila tak sihat ni stok apa yang ada dirumah jer kita guna masa dulu.

Jom cuba resepi ni..lepas ni korang mesti tak cari lain lah.


Resepi Bubur Lambuk Sedap Ala Kampung Baru

Bahan-bahan:-
2 cawan beras dibasuhkan
300-500 gram daging dipotong dadu
1 kiub pati lembu
1 sup bunjut
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1 sudu lada hitam, ditumbuk kasar
1 sudu halba
2 helai daun pandan, diikat
½ cawan santan
air secukupnya


Bahan untuk dikisar
4 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar merah*
1 genggam udang kering*


Untuk hiasan:
daun bawang, daun sup dipotong
telur masin direbus, dipotong
lobak masin
cili api dihiris


cara-cara membuatnya:-
  • Bahan bertanda * ditumbuk halus atau dikisar terlebih dahulu
  • Panaskan minyak, masukkan bahan * yang telah ditumbuk halus dan juga rempah ratus. Goreng hingga layu.
  • Masukkan daging dan goreng seketika, kemudian masukkan air.
  • Masukkan beras yang dibasuh, tambahkan sup bunjut ,kiub pati lembu, daun pandan dan halba. Biarkan sehingga beras menjadi bubur. Tambah air jika perlu.
  • Masukkan air jika perlu, dan tambahkan santan. Gaul dan biarkan seketika sehingga mendidih.
  • Sebelum dimakan, tambahkan bawang goreng dan juga daun sup mengikut citarasa anda.

Selamat mencuba

You May Also Like

0 Comments

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!