Bila tiba bulan Ramadan kuih seri muka memang antara yang dibeli Ayong...boleh dikatakan tiap-tiap hari la jugak dia beli.  Mahal sungguh kuih ni dengan RM2.50 untuk dua ketul yang bukan besar mana pun dan rasanya? biasa-biasa jeee

Resepi Kuih Pulut Sekaya Utara Yang Sedap Tanpa Tepung 


Bulan Ramadan sudah Ayong dok menggila makan kuih seri muka...boleh kata tiap2 hari beli walau harga fuhh mahal pulak RM2.50 untuk 2 ketul pastu rasa dia pulak biasa jer la mcm rasa kuih seri muka kui kui kui..tetiba teringat pulak nk buat kuih seri muka tu kan sbb dah ada pengemar kannnn.

Kuih Pulut Sekaya Utara



Resepi Kuih Pulut Sekaya Utara Yang Sedap Tanpa Tepung


So pagi tadi mintak d'hubby call kakak ipar Kak Chah kat nun di Kedah sebab kata d'hubby mak dia buat pulut sekaya tak guna tepung..hurmmm.  Since MIL dah tiada so call Kak Chah la kan dan ni dia resepi Kak Chah bagi..

Nak tau cara mak mertua buat pulut sekaya ni, sila baca sampai habis nooo


Resepi Kuih Pulut Sekaya Utara Yang Sedap Tanpa Tepung


Untuk lapisan bawah

  • Pulut direndam dalam 4-5 jam (supaya cepat lembut bila dikukus).
  • Toskan dan masukkan dalam loyang dan kukus.  Bila nampak pulut dah macam lembut sikit masukkan santan yang dicampur sedikit garam supaya lebih enak dan kukus.
  • Bila rasa pulut dah cukup masak, tekan2kan pulut biar padat kalau tak nanti bila dah masuk lapisan atas kuih tu nanti berderai.  Kukuskan dalam 10min lagi.  
  • Sementara pulut masih dikukus tu kita sediakan bahagian atas pulak hokayyy.

Untuk kepala (bahagian atas) 

  • ½ sudu teh campuran serbuk kulit kayu manis dan  jintan manis
  • 10 - 15 helai daun pandan dikisar untuk ambil air untuk warna, rasa dan keharuman, 
  • 2 cawan santan untuk menyedapkan dan melemakkan (bab lemak ni...ngeriii hahaha)
  • 4 biji telur (ambil telur putih jer tp 1 biji telur tu ambil yang kuning sekali)
  • 2 sudu gula kasar

    Cara Penyediaan

    • Pukul telur, gula dan sedikit garam hingga kembang
    • Masukkan kulit kayu manis, jintan manis dan bunga lawang
    • Masukkan air daun pandan yang telah dikisar dan ditapis, kisar hingga sebati
    • Masukkan adunan untuk kepala tu keatas pulut yang tengah dikukus tu dan dikukus selama 30 - 45 min.
    • Tutup api dan biarkan ia sejuk sebelum dihidangkan 

    Resepi Kuih Pulut Sekaya Utara Yang Sedap


    Begini lah rupa pulut sekaya utara yang sedap dan kuih seri muka yang selalunya dijual menggunakan tepung supaya bahagian atas tu keras

    Selamat Mencuba yaa



    p/s : kuih ni tak ikut aturan kot jadi main hentam jer la.  Otak dah tua nak ikut mana yang dulu dan mana yg kemudian..hahaha tapi yang pasti d'hubby makan sakan...dia suka yg pulut sekaya dan cuma rasa yang kuih seri muka tu sepotong jer..Alhamdulillah