Assalammualaikum dan Salam Maulidur Rasul 1437H/2015 buat semua umat Islam diseluruh dunia.  Alhamdulillah kita sekali lagi dapat menyambut Maulidur Rasul sebanyak 2 kali dalam tahun 2015.  Maulidur Rasul 1436H jatuh pada tarikh 03 Januari 2015 dan Maulidur Rasul 1437H jatuh pada 24 Disember 2015

Segala pujian dengan penuh kesyukuran kepada Allah SWT kerana kita dipertemukan lagi dengan 12 Rabiul Awal 1437 Hijriyah, hari keputeraan baginda Rasullah SAW.  Selawat dan salam ke atas penghulu sekalian nabi dan rasul dan kepada ahli keluarga dan sahabat baginda sekelian.

Copy paste dari wall kawan yg SSL rasa sangat menarik untuk perkongsian dan simpanan


Bila aku tak suka pada rasa makananku aku teringat pada baginda 
Muhammad ﷺ
yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar
Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya
Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya
Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain ..
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya
Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku
Bilaa aku kecewa pada mereka yg banyak menyakiti aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa memaafkan sesiapa shj yg berbuat jahat padanya
Bila aku berfikir tentang mereka yg membenci aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghina nya
Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT
Bila tiada siapa menyayangi aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu
Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku..
aku teringat pada Baginda
Muhammad ﷺ
yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yg dicintai & dan itu bagai cas positif yang menguatkan aku !
Assalamualaika ya Rasulullah
Assalamualaika ya habiballah 



Sempena hari lahir kekasih kita, jom telusuri biodatanya.. 

Nama: Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab 

Nama-nama lain : 
Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran : 
• Abu Qasim, Al-Amin.

Bangsa : 
• Arab Quraisy

Agama : 
• Islam

Tarikh Lahir : 
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.

Bidan Nabi : 
• Ummu Mas’ud.

Tempat Lahir : 
• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.

Bilangan Adik-beradik : 
• Anak tunggal [ anak yatim ].

Nama Ibu : 
• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.

Nama Ibu Susuan : 
• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.

Nama-nama Pengasuh : 
• Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.

Nama-nama Isteri : 
• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris.

Nama-nama Anak :
• Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah.

Nama-nama Bapa Saudara : 
• Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Ka’bah, Al-Muqawim, Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak.

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa : 
• Sufiah, A’tikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha’.

Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam : 
• Hamzah, Al-A’bbas.
• Sufiah, Urwa.

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan : 
• Mariah al-Qibtiah, Raihanah.

Nama-nama Hamba Lelaki : 
• Aslam, Abu Rafi’, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi.

Nama Anak Angkat : 
• Zaid bin Harithah bin Syarahil.

Nama-nama Khadam : 
• Anas bin Malik, Abdullah bin Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghiffari.

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran : 
• Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-‘As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.

Setiausaha Sulit : 
• Huzaifah b. Yaman.

Sifat Fizikal : 
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis, keseluhan badan tidak berbulu.
• Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang.

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang : 
• Siddiq [ benar ], Amanah [ jujur], Tabligh [ menyampaikan ], Fatanah [ bijkasana ].

Sifat-sifat Yang Mustahil:
• Kazib [ dusta ], Khianah [ pecah amanah], Kitman [ menyembunyikan ], Baladah [ bodoh].

Sifat-sifat Yang Harus : 
• Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam.

Pendidikan : 
• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].

Pekerjaan : 
• Gembala Kambing.
• Berniaga.

Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul 
 • Umur 40 tahun di Gua Hira’.

Guru Pertama : 
• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.

Tugas Utama : 
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.

Keistimewaan : 
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.

Gelaran Dari Kalangan Nabi : 
• Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• صلى الله عليه وسلم

Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Kenangan Pahit : 
• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.

Pengalaman Yang Paling Menakutkan : 
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.

Hijrah ke Madinah 
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam : 
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.

Sahabat-sahabat Kanan 
:
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat : 
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].

Berita Yang Mengembirakan : 
• Keislaman Umar bin al-Khattab.

Berita Yang Menyedihkan : 
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

Peristiwa Yang Mengembirakan : 
• Pembukaan Kota Mekah.

Penglibatan Dalam Peperangan : 
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati : 
• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].

Catat Rekod Dunia : 
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].

Isteri Yang Paling Disayangi : 
• ‘Aisyah [ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup]

Anak Yang Paling Disayangi : 
• Fatimah.

Cucu Yang Paling Disayangi : 
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.

Sahabat Yang Paling Disayangi : 
• Abu Bakar.  

Nasihat Nabi : 
• “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”

Wasiat Nabi : 
• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”

Syafaat Nabi : 
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

Tarikh Wafat : 
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.


Selawat dan salam keatas baginda junjungan besar , contoh terbaik sepanjang zaman. Sohibul Azman Terima Kasih Ya Rasulullah untuk nikmat iman dan islam. Syafaatkan daku di akhirat nanti
Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya pada mu Ya Habiballah