Resepi Sos Thai Dipping Yang Simple Tapi Sedap Baq Hang!

by - January 17, 2016

Resepi Sos Thai Dipping Yang Simple Tapi Sedap Baq Hang! | Pepagi bangun cik lalink dah tanya breakfast apa kita? huhu ingat nak memalaskan diri tapi bila dah ditanya tu aduhaii kena la buat breakfast kan

Jenuh fikir punya fikir...jengah ke kabinet tengok ada stokk sebungkus spagetti dan teringat pulak hari tu KY Amanda buka tin sos pasta tapi tak jadi digunakan jadi siaplah spagetti dengan bolognese je.  Settle dah mengenyangkan semua ahli LeyRa ni kan.

Pasal lunch memang dah rancang nak masak menu simple dengan Sup tulang ala Thai, Ikan cencaru sumbat dan asparagus sambal belacan campur udang tapi tetiba cik lalink cakap dia ada post resepi Thai dip...kalau dah bunyi gitu memang kena tambah la menu sebab bukan selalu pun cik lalink tu nak request walau bukan request secara telus.  Tapi kan tengok kat menu yang simple tu buat diri sendiri pun terliur

Jom kita cuba resepi  yang terangkat sedap ni

Resepi Sos Thai Dipping Yang Simple Tapi Sedap Baq Hang!

Tengok gambar memang tak berapa menarik sebab saya menggunakan belacan madu tapi kalau guna belacan sementa pasti terserlah kemerahannya (tapi saya tak berapa gemar belacan sementa tu) but perhaps next time letak cili api merah tu pasti meletup kan

Nota  Jus limau yang diperah tu saya tak masukkan ke dalam lesung batu sebab kata mak kesan asid pada jus limau tu boleh menumpulkan lesung jadinya jus perahan limau tu dimasukkan ke dalam mangkuk dan dikacau

Bahan-bahannya:-
8 biji cili api,
1 inci belacan, dibakar
1 ketul gula kabung atau gula gerek
3 ulas bawang putih
2 sudu sos ikan (nampla)
1 biji limau nipis, diperash ambil jusnya

Kalau ikut resepi tu ada terung pipit tp kat rumah memang saya tak berapa minat dengan terung pipit sebab rasanya agak pelik pada lidah saya tapi kalau ada yang nak letak, silakan


Cara membuatnya : 

  • Tumbuk cili dengan bawang putih hingga lumat
  • Masukkan gula gerek, belacan dan udang ditumbk halus tapi kalau tak halus pun boleh jadi boleh rasa isi udang tu sedap sikit
  • Kaut ke dalam mangkuk, masukkan sos nampla dan perah limau nipis ikut sesedap rasa.  


Walla...dah siap dan mmg terangkat kesedapanya


credit utk D'hubby share resepi dari FB Dapur Isteri Perut Suami
pv93/up300420

You May Also Like

0 Comments

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!