Resepi Pajeri Nenas Utara Sedap Hingga Menjilat Jari | Pajeri nenas kesukaan bonda saya  ni memang sedap, bonda saya tak suka letak gula sebab dengan kerisik pun pajeri ni akan terasa kemanisan dan kelemakan yang serius sedap hingga menjilat jari. Jom la cuba!

Resepi Pajeri Nenas Utara Sedap Hingga Menjilat Jari


Bahan-bahan:
1 biji nenas - dibelah dan dipotong ikut kesukaan supaya senang nak makan nanti ya
1 bungkus rempah kari ikan Mak Siti
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 keping kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 biji buah pelaga
sedikit udang kering - buatan sendiri tau
kerisik - buatan sendiri
garam


Bahan - ditumbuk
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia


Cara-cara mrmbuatnya:
  • Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga hingga wangi
  • Masukkan bahan yang ditumbuk hingga nampak kekuningan
  • Campurkan rempah kari dengan air dan dimasukkan kedalam kuali, dikacau sampai agak kering dan keluar minyak
  • Masukkan udang kering dan santan pekat dan biar santan nampak pecah minyak
  • Masukkan nenas dan dimasak hingga nenas nampak lembut. 
  • Masukkan santan cair, kacau dan biar dengan api perlahan
  • Masukkan kerisik dan dikacau supaya serata dan masukkan garam secukup rasa
  • Biarkan kuah tu pekat sedikit dan ditutup api
Selamat mencuba!

0 Comments