Resepi Ayam Masak Bali Mirip Masakan Ayam Sambal Bonda | Ingat dulu bonda rajin masak ayam sambal yang sedap yang cukup lain dari yang pernah saya makan dan kini viral kat FB Ayam Masak Bali.  Tak ingat siapa yang buat dia jadi viral tapi rata-rata orang dok sibuk memasak Ayam Masak Bali ni.  Tak mungkin masakan ni berasal dari Bali atau orang yang memasak tu baru balik dari Bali atau ada letak limau bali ke..tak pulak nampak sangkut pautnya. 

Tapi ni lah resepi bonda saya memasak untuk cucu yang dijaganya dan inilah lauk kegemaran anak-anak..untung sungguh budak-budak ni bila dijaga tok mak dan tok abah depa ni kan

Resepi Ayam Masak Bali Mirip Masakan Ayam Sambal Bonda

Cara memasak ni sama macam masakan bonda cuma yang berbeza cuma bonda tak masukkan daun kari dan bonda cuma cakap ayam sambal tapi manis sebab rasa kicap.  


Bahan-bahan:-
½ ekor ayam - dipotong ikut kesukaan, digoreng
6 batang serai dititik
4 tangkai daun kari ceraikan dari tangkai
1 sudu besar kicap lemak manis
gula melaka (saya guna guna kabung sebab rasa lebih sedap
10 - 15 tangkai cili kering - dikisar
5 biji bawang besar *
8 ulas bawang putih *
1 inci halia *
sebesar ibu jari belacan * kisar bersama bahan bertanda*
minyak masak utk menggoreng.


Caranya memasaknya :-

  • Ayam digaul dengan garam kunyit dan digoreng tapi jangan garing. Ketepikan.
  • Guna minyak goreng ayam tadi, kurangkan sedikit, sesuai utk menumis.
  • Goreng serai hingga kekuningan dan masukkan daun kari dan goreng hingga agak garing dan naik bau wangi..
  • Masukkan bahan kisar dan cili kisar tumis sehingga pecah minyak.
  • Kemudian gula gerek, digaul kemudian masukkan masukan kicap dan gaul lagi
  • Apabila sambal dah sebati masukan ayam goreng tadi dan digaul hingga supaya sambal meliputi ayam. Biarkan dimasak dalam 5 minit sebelum diangkat untuk dihidangkan

Selamat Mencuba




0 Comments