Resepi Nasi Dagang dan Gulai Ikan Tongkol

by - July 06, 2016

Resepi Nasi Dagang dan Gulai Ikan Tongkol | Sukses!! Niat nak buat nasi dagang sendiri tercapai akhirnya.  SSL bangun seawal 02.15 pagi lepas tersedar terus ke dapur rendam beras nasi dagang, keluarkan santan, keluarkan ikan dan terus baring2 ayam hehe. Mana taknya lepas Isyak tadi dah tertido tapi sebelum tu dah mintak Kak Yang kejutkan tapiiii dah keletihan banget so mmg tak sedor ler.  Ehh bebel pasal tido pulak kan..ni nk cite pasal masakan yg first time niii.

Tersedar dari tidur hampir am 5 pagi, d'hubby dah siap mandi dan kejutkan Angah untuk bertugas kat Istana Negara dan dah makan pun ketupat daun palas tu.  sedap katanya. Siapa tak bangga kalau suami puji ketupat palas yang sememangnya makanan rasmi keluarga dia kat Kedah tu.  Gulai daging raya ala utara tu pun sedap, lembut macam orang yang buatkan hahaa mau keluar ayaq mata campur hingus kalau depa yang kenal cheq ni membaca tu.

Ni ganti first meal di pagi Syawal 1437, Alhamdulillah terima kasih Allah swt di atas rezeki yang diberikan pada kami.


Resepi Nasi Dagang
Resepi Nasi Dagang dan Gulai Ikan Tongkol
Bahan-bahan:-
300 gm beras nasi dagang
200 gm beras pulut ( campur kedua2nya)
4 ulas bawang merah
1 inci halia 1 batang serai
1 sudu halba
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
Garam dn gula secukup rasa


Cara membuatnya:-
  • Rendam beras nasi dagang dan pulut dlm 3@4 jam
  • Mayang bawang merah,halia dn serai nipis-nipis
  • Masak santan pekat dgn ½ sudu teh garam, bwng dan halia.
  • Bila dah mendidih..angkat ketepikn dlu
  • Panaskn periuk kukusan..masukkn kedua2 beras td..kukus hingga separuh masak..kluarkn, gaul dgn santan pekat yg telah di campurkn dgn bwng td.time ni bole tmbah gula. Kukus lg dlm 10 minit, keluarkan..msukkn santan cair..kukus lg hingga masak..kukus smp betul2 masak..



Resepi Nasi Dagang dan Gulai Ikan Tongkol
Resepi Gulai ikan tongkol

Bahan-bahan-
1 ekor ikan tongkol hitam
11/2 cawan santan dan air secukupnya
3 sudu bear cili kering dikisar
1 pek rempah gulai ikan
2 keping asam keping
2 sudu besar gula melaka atau gula biasa
10 tangkai cili api
6 - 7 biji belimbing buluh (jika suka)
1 biji timun, dipotong dalam 2 inci, buang bahagian tengah


Bahan kisar:-
10 ulas bawang merah 
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci lengkuas


Cara membuatnya:-
Ikan di bersihkan kemudian di rebus bersama 4 keping asam keping dan garam hingga airnya tinggal sedikit. Biarkan semalaman lagi sedap (biar asam tu meresap masuk dalam isi...perghh). Dalam periuk lain, panaskan minyak, tumis bahan kisar, cili kisar hingga garing dan masukkn rempah gulai dan dan masak lagi hingga naik bau dan pecah minyak
Masukkan santan, kacau hingga hampir pecah minyak. Masukkan ikan, asam keping, gula melaka @ gula biasa (SSL cuma letak gula melaka)

P/S: Orang Pantai Timur panggil ikan tongkol ni ikan aye ya ke org Ganu jer hehe

Resepi ni sumber dari FB Muaz za

You May Also Like

0 Comments

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!