Assalammualaikum wbt..

Kisah hari Jumaat 14/10 memang buat rasa tersengih jer sampai la ni..mana taknya konon nak buat surprise cake untuk applepie tapi akhirnya terkejut sendiri tu yang paling lawak dalam hidup.  Dah la tempah kek dari Chef Ross petang mana la ada sempat masa dia nak buat kan..

Dah jadi gitu, berkobar2 la nak buat kek sendiri sesambil menghafal resepi dan prepare semua bahan untuk buat kek coklat yang moist yang pernah buat lama dulu..konon nak buat malam tu la kan.  Lepas dinner zasss ke dapur prepare kesemuanya...nasib baik si applepie dah tido so no asking..no talking hehe.

Dengan d'hubby yang dok tanya dah siap ke belum...isshhh sabor ler ye sbb dah lama nau Umi tak buat kek, jadi lebih kurang riot ler sikit hehehe. Kek yang dikukus dah naik bau..wangi sungguh dan tak sabar rasa nak makan..ehhh kena buat topping dulu la baru nampak cantik kan.
Bila masa dah cukup, Umi pun buka la pengukus...adusss Ya Allah awat la membuat keluar kek ni..waaa rasa nak meleleh air mata tau...bila cubit rasa...lagi la rasa frust sebab rasa soda bikarbonat dia sangat kuat...dah lewat jadi tido la dengan hampa (╥﹏╥) sambil berharap dapat buat kek pagi Sabtu sebelum jumpa Kak Yang kat KMS.

Pagi Sabtu tu lepas ke Pasar Keramat, sesambil masak lauk untuk piknik kat KMS tu Umi pun prepare bahan kek..bila buka bekas isi tepung, adoiiii baru la tau kenapa kek membuak melimpah dalam pengukus..rupanya Umi guna 1 cawan soda bikarbonat bukan 1 cawan tepung...hahaha bila cerita kat anak² depa punya ketawa dan Umi pun sama la ketawa (‵﹏′)  Maklum la tepung gandum dan soda bikarbonat tu kedua2 tu beli kat Bagus..jadi packaging dia plastik Bagus...dah pulak tu tak tengok betul2 jadi tu la padanyaaa...trajedi Oktober la jugak kan
  



Kek mudah jer kat bawah ni resepi dia (◕‿◕✿)

Bahan-bahan Ⓐ
1 cawan coklat Van Houten atau apa2 jenama pun ok
1 cawan susu pekat Gold Coin atau ikut suka la ya
1 cawan susu cair
1 cawan gula pasir

Bahan-bahan diatas tu dimasukkan kedalam periuk dan dijerang dengan api sederhana hingga sebati dan warna tu bertukar agak gelap.  Tutup api dan biarkan sejuk

Bahan-bahan Ⓑ
1 cawan tepung gandum
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
3 biji telur

  • Tepung, baking powder and soda bikarbonat dicampur dan diayak
  • Masukkan telur kedalam mixer dan dipukul hingga kembang, masukkan esen vanila dan masukkan bahan yang diayak tu sedikit demi sedikit dan diputar hingga sebati
  • Masukkan bahan 1 dan dipukul hingga sebati
  • Sementara itu masukkan air dalam pengukus dan biarkan mendidih
  • Masukkan adunan ke dalam loyang dan dikukus antara 45-60 minit
Bahan untuk topping pulak Umi guna coklat Beryl dan cooking cream jenama Emborg.  Tak perlu letak butter ke susu dan lebih sihat.  Kedua-dua bahan ni dimasukkan kedalam mangkuk dan dimasak cara double boiler tapi Umi buat cara chef Ross yang cairkan coklat dengan tak cecah mangkuk kena ke air. 

Bila dah kek dah sejuk, jiruskan topping ke atas dan biar seketika dan kalau suka tabur coklat rice ke atau apa-apa dan sedia untuk dimakan.