Mengapa Perlu Merasa Diri Terbaik Dan Hebat? | Assalammualaikum wbt.  Sejak kita mula mengenal dunia, dilahirkan, dibesarkan dan menjalani kehidupan seharian kita perlu orang lain untuk membantu mahupun bercerita.  Tidak ada sekalipun kita boleh hidup tanpa ada orang lain atau tiada orang untuk membantu.  Kita dilahirkan untuk berinteraksi dan saling bekerjasama dan saling membantu untuk mencapai matlamat dalam kehidupan dan sedar atau tidak kita perlukan orang lain dari sejak kita didalam kandungan seorang ibu, dilahirkan dengan bantuan orang lain untuk menyambut kelahiran kita malah diwaktu kematian kita perlu bantuan orang lain untuk menjalankan urusan hingga kita dikebumikan. Jadi mengapa perlu merasa diri terbaik dan hebat?


Mengapa Perlu Merasa Diri Terbaik Dan Hebat?

Syurga seorang lelaki ada pada  perempuan iaitu ibunya
Syurga seorang  perempuan bergelar isteri ada pada lelaki iaitu suaminya

Sehebat-hebat seorang suami, harus patuh pada seorang ibu
Sehebat-hebat seorang ibu atau seorang isteri harus patuh kepada seorang suami.

Ketika hidup, seorang anak perlukan doa ibubapa.                                                 
Ketika mati kedua orang tua perlukan doa seorang anak

Di dunia nasab itu pada lelaki.
Di akhirat nasab itu pada perempuan.

Sehebat-hebat manusia, sehebat-hebat diri kita yang mungkin seorang Menteri, Perdana Menteri, Ketua Syarikat yang berpengaruh serta punya banyak harta namun bila tiba ajalnya kita perlu orang lain untuk menguruskan pengkebumian jenazah kita

Setinggi-tinggi ilmu yang anda ada, anda tetap perlu belajar daripada seorang guru

Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara, pasti yang dirindu adalah keluarga

Walau sekaya mana pun anda, anda tetap perlu berurusan dengan orang lain

Seorang General Manager tidak akan mampu menguruskan perjalanan syarikat tanpa general workernya

Seorang raja tidak berkuasa tanpa adanya rakyat jelata

Inilah manusia, walau sehebat mana pun anda didunia, walau memegang pangkat dan darjat tertinggi namun hakikatnya taraf anda hanyalah seorang hamba

Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang terbaik dan terhebat ???

Bukankah itu hanya akan membawa anda kepada taraf ujub, riak,sombong dan hina.
Ingatlah wahai diri dan anda yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat yakni sombong dan merasa dia lebih baik.

Mahukah anda menjadi seperti dia?

c&p - unknown