Antara Kata-Kata | Kita bertutur setiap masa setiap ketika dengan siapa yang kita suka atau dengan siapa yang kita kurang suka tapi harus dituturkan.



Dari kata-katamu
terucap dibibir mu
terkumpul menjadi janji setia
dan
aku menjadi penagih janji
janji yang pada suatu masa harus kau kota!

Begitulah kata-kata
antaranya bagai penawar
yang akan membuat kita tersenyum
dan kadang-kala bagai racun
bila sering dimungkiri
penuh helah
penuh madah
tinggal hanya janji-janji

ahhh..barangkali..
kepetahan berbicara
terhambur..
tanpa kesedaran
tanpa fikiran
tanpa kesan
tanpa rasa

kau dan aku
aku dan kau
memeterai janji
kau berjanji
aku menanti

dipenghujung bicara
sepi..

kita perlu pasrah
kita jangan resah
kita kena pendam
kita kena diam
walau antara kata-kata


nota kaki :
terjumpa buka simpanan karya meroyan yang entah apa-apa dizaman sekolah menengah dulu.
Siapa ada? sila angkat tangan
bukan zaman cintan cintun
bukan kisah cinta monyet
tak ada kena mengena dengan sesiapa..
cuma terkeluar dari kotak otak yang bergeliga
hehe