Hola

Syukur Alhamdulillah..hadiah yang dikirim Ana (̲̅❤̲̅)  untuk  Top 5 Commentator dah sampai!

Sebenarnya bukan hari ni dan bukan semalam dapat kiriman tu tapi minggu lepas lagi tapi dok peram posting ni sebab entah la sibuk yang melampau dan konon² nak buat ayat munga munga gitu mana la tau kot2 boleh dapat hadiah lagi  <( ̄︶ ̄)> 

 Ni la entry KLIK SINI  Top 5 Commentators pada 04 Mar dan Ummi ternampak masa jenjalan tempohari...jenuh tenyeh mata kot² silap pandang rupa²nya tidak..memang sahih Ummi terpilih tau...siapa tak teruja kan! sebab selalu nak dapat hadiah ni kalau hari lahir atau dapat keputusan periksa dengan cemerlang tak pun dapat baby baru..erkkk udah la ya...cukup la 6 orang yang dah ada tu


Ni la hadiahnya senaskah buku 100 Pesanan Terakhir Rasullah swt, kotak bercermin dan 2 kerongsang..hadiah berganda gitu! Tak sangka dapat 3 hadiah tu..terima kasih +Ana Suhana  teruja akk tau.  InsyaaAllah kalau diizinkan masa nanti akk kupaskan apa yang akk baca untuk perkongsian kita bersama dan semoga kita sama² dapat memperbaiki diri.

Jom kita kenali tuanpunya blog bajetciputselerabesar

Bercerita pasal hadiah ni nak la jugak bercerita pasal tuan punya blog #bajetciputselerabesar ni yang menjadi favorite blog untuk diterjah dan dijengah setiap kali blogwalking ni. Walau tak pernah berkomunikasi in live tapi komunikasi di blog dan facebook cukup dapat mengeratkan silaturahim kerana Ana ni seorang peramah, wanita hebat dan she is brilliant! kerjaya sebagi auditor bebas ni memang kerja yang mencabar lebih-lebih lagi dengan tugasan seorang ibu kepada puteranya Shafi.

Nama blog Ana ni memang unik sungguh dan seronok dibaca sebab Ana akan menceritakan pengalamannya yang kaki travel dengan family tercinta, ulasan tentang tempat dilawati, tempat untuk menjamu selera serta perkongsian agama amat menarik untuk kita muhasabah diri.

Last but not least, Ummi berharap Ana sihat selalu dan dimurahkan rezeki dan semoga ukhuwah Islamiah yang telah terjalin akan berpanjangan sampai bila-bila.

Jadi jangan lupa dan pastikan awak semua jengahlah blog Ana tu ok...