Gabungan anggun siluet moden, nostalgia Raya yang hangat dengan semangat balik kampung
Carlo Rino menyambut ketibaan Hari Raya dengan
gaya yang penuh keanggunan melalui pelancaran Koleksi ‘The Horizon’ serta kempen Rona
Raya, Graceful Gaya.
Hari Raya tahun ini disambut dengan ilham permulaan baharu danperjalanan balik kampung yang penuh nostalgia, satu rasa yang cukup akrab bagi rakyat Malaysia. Ia mencerminkan keterujaan, keindahan warna-warni serta detik kebersamaan yang menjadikan sambutan Raya begitu bermakna.
Di sebalik kemeriahan sambutan ini terletaknya kehadiran kuih-muih yang menjadi metafora
indah kepada kemanisan kebersamaan.
Seumpama aneka juadah yang tersusun rapi di atas dulang, kepelbagaian kuih yang berwarna-warni dan memikat mencerminkan semangat Rona
Raya, sebuah perayaan yang sarat dengan kegembiraan, tradisi serta ikatan harmoni antara
insan tersayang dalam meraikan dan mencipta detik-detik bermakna bersama.
Teman Lengkap Gaya Raya Anda Dengan Carlo Rino
Koleksi ini direka untuk menemani rakyat Malaysia sepanjang kemeriahan Raya, termasuk sesi
pertemuan, juadah bersama, rumah terbuka dan perbualan hingga ke malam, sesuai dipadan
untuk semua acara sepanjang hari. Setiap item menampilkan gabungan ideal antara gaya dan
fungsi, membolehkan anda bergerak dan bergaya dengan penuh yakin sepanjang musim
perayaan.
Koleksi The Horizon menampilkan rangkaian rekaan moden yang sesuai untuk pelbagai personaliti dan gaya.
Barisan ini merangkumi Horizon Boston Bag, Horizon Tote Bag, Horizon Bucket Bag dan Horizon Shopper Bag, dengan setiap satunya menawarkan ruang yang luas serta fungsi praktikal yang melengkapi gaya hidup anda.
Akhir sekali, Horizon Sneaker turut menyempurnakan keseluruhan gaya dengan sentuhan muda dan bergaya, sambil memastikan anda kekal selesa sepanjang berkunjung dari satu
rumah ke rumah yang lain.
Rekaan Hangat, Ceria dan Sedia Raya
Ia diilhamkan daripada keindahan tenang garisan ufuk dan diterjemahkan melalui sentuhan yang lebih muda serta segar, koleksi ini menampilkan corak jalur mendatar yangmelambangkan hubungan, kesinambungan dan perjalanan bermakna dalam tradisi Hari Raya.
dengan suasana penuh keceriaan musim perayaan.
Dengan palet rona neutral lembut, tona beige hangat dan kontras yang halus, koleksi ini membawa semangat kemesraan, keceriaan dan keterangkuman perayaan Hari Raya. Koleksi
The Horizon dicipta sebagai pelengkap pilihan anda untuk Raya 2026 yang penuh gaya dan
bermakna.
Ketersediaan
Koleksi The Horizon boleh didapati di semua butik dan gedung Carlo Rino di seluruh negara.Carlo Rino Group Berhad
Ditubuhkan pada tahun 1986, Carlo Rino ialah jenama fesyen kontemporari yang memfokuskan
pada beg tangan, kasut dan aksesori wanita.
Dikenali dengan identiti “Young, Fun, Bold, and
Colourful”, jenama ini komited untuk memperkasa wanita agar bebas mengekspresikan diri
melalui fesyen.
Kumpulan ini mereka bentuk, mempromosi, memasarkan dan menjual produknya melalui rangkaian butik, kaunter gedung serbaneka dan platform e-dagang yang semakin berkembang di Malaysia serta di lebih 62 buah negara. Carlo Rino Group Berhad disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia.
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!