Assalammualaikum wbt

Hanya untuk berkongsi dan muhasabah diri.  Semoga cerita yang akan dibaca ini difikir dengan positif untuk perbaiki diri kita tambahan lagi bulan Ramadan akan berkunjung tak berapa lama lagi yang memang sinonim dengan nafsu makan kita.

Image result for hidangan banyak
gambar sumber google
Seorang wartawan Syria pernah menulis mengenai kemewahan hidup orang Arab. Kata beliau, "Dalam tahun 80an, orang Iraq terkenal dengan kemewahan makanan dan cara makan mereka. Jika mereka makan, akan dipastikan diatas meja dipenuhi makanan terlebih dahulu, bila mereka bangun dari meja makan, apa yang baki dianggap sampah kotor walaupun mereka belum menyentuhnya. Demikian juga di Syria.

Aku melihat seorang wanita sedang membeli roti, dan dalam perjalanan pulang ke rumah, beberapa biji roti itu jatuh ke tanah. Beliau langsung tidak mengambilnya walaupun beliau mengetahuinya. Betapa mewahnya bangsa Arab dengan makanan mereka.

Aku belum lagi bercerita mengenai cara makan orang Teluk, mereka makan bagaikan raksaksa dan membuang sewenang-wenangnya.

Kini, orang Iraq dan orang Syria terpaksa makan roti kering yang mereka jumpa diatas tanah. Antara sebab mereka jadi begitu kerana mereka tidak mensyukuri nikmat Allah SWT". Ibrahim al-khuki.

Kita juga khuatir, hari- hari gelap buat orang Melayu tidak lama lagi akan kunjung tiba dan pada masa itu, kita akan menanggungnya dan kita harus merasa berdosa kepada anak-anak kita lantaran khianat dan sombongnya kita dengan rezeki Allah SWT.

Kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, "Pihak DBKL perlu mengurus sampah makanan 4 kali ganda lebih banyak dari hari biasa di bulan Ramadhan" bidaah apakah yang sedang kita lakukan ?

Jika nak salahkan syaitan, mereka sedang dirantai pada bulan Ramadhan, maka makhluk yang sebenarnya bersalah adalah kita.

Allah SWT pernah berfirman, "jika engkau mensyukuri nikmat itu, pasti Aku akan tambah, jika engkau kufuri, ingatlah azab Aku amat pedih."

Kita melihat lelaki atau wanita bila makan di kedai, sengaja meninggalkan sisa makanan yang masih elok dan banyak untuk dibuang.
Apa salahnya makan makanan itu sampai habis.
Bagaimana corak anda makan?

Hari-hari mendatang amat perit untuk kita semua lalui, bersedialah dari sekarang.

"tu sebab tak makan buffet kat hotel lagi dah.... ala kadar di rumah.... ramai lagi saudara dan saudari lslam kita yang makan satu hari sekali aje"

C&P dari grup sekolah untuk renungan dan nilaikan diri sendiri