Sedikit perkongsian buat anak-anak dan pembaca yang dihormati, apakah yang harus kita lakukan sekiranya ada ahli keluarga mahupun jiran terdekat atau sahabat kita meninggal dunia. Selepas disahkan ahli keluarga kita sudah tiada nyawa, terputuslah segala bentuk perhubungan antara simati dengan kita, jadi kita perlu tahu apa yang anak-anak perlu lakukan di rumah sementara menunggu jenazah dikebumikan:
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh kita lakukan sebelum proses memandikan, mengkafankan dan seterusnya jenazah dikebumikan.
1. Beritahu anak-anak di mana kain batik lepas disimpan;
2. Sentiasa sediakan wipes & gunting bersama kain-kain batik;
3. Potong seluar dalam, bersihkan najis-najis besar n kecil.
Penting, sebab, setiap manusia yang diambik nyawa akan dalam keadaan terperanjat sehingga terkeluar najis dan terkencing. Tak mahu najis-najis tadi lama dibadan dan berbau busuk pada jenazah. Lagi pun susah untuk dibasuh kalau dah kering;
4. Gunting baju supaya tak perlu dibalik-balik jenazah;
5. Ambik minyak zaiton atau vaseline, sapu pada sendi lengan supaya senang dilipat tangan dalam keadaan solat;
6. Ambil kain, ikat dari mulut naik ke kepala supaya mulut tertutup rapat;
7. Tutup rambut dengan selendang;
8. Ambik kain batik lepas, ditutup jenazah;
9. Posisikan jenazah dalam keadaan kepala ke arah kiblat; dan
10. Dimandikan..
Paling utama, buat dengan lembut dan penuh kasih sayang sebagaimana sayangnya jenazah pada semua anak-anak semasa hayat beliau.
Sebarkan kepada setiap orang Islam agar anak-anak tahu dan bersedia. Jangan diaibkan jenazah dengan bau-bau yang kurang enak. Berbaktilah kepada jenazah, mungkin ibu, ayah, datuk, nenek kita buat kali terakhir.
Sharing is caring 👍👌❤
Pesan pd anak2 ketika makan bersama @ berkumpul beramai
Agar tahu fardhu kifayah
#kopipesdarigroupwasap

0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!