Resepi Sambal Belimbing Ikan Bilis Sedap Tanpa Masak

by - May 31, 2017

Resepi Sambal Belimbing Ikan Bilis Sedap Tanpa Masak | Sesambil bekerja siang tadi terfikir pulak nak masak apa untuk Iftar petang ni.  Agak-agak apa menu korang ya? Ok la sesambi kita berfikir tu ni Umi nak share resepi sambal belimbing yang Umi buat semalam.

Tak pernah Umi tengok sesiapa ada buat sambal macam ni kecuali mak dan kalau ikutkan sambal ini seakan sambal hitam Pahang cuma sambal ni tak la serenyah sambal tu dan sambal tu pun baru setahun dua ni popular ^ ^.

Jadi kalau sesiapa ada belimbing banyak dan tak tahu nak buat apa dah selain masukkan dalam acar, boleh la cuba resepi Umi ni.


Bahan-bahan:

  • Belimbing
  • 15 batang cili kering
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan
  • sedikit ikan bilis (tak letak pun tak pe)

Cara membuatnya:
  • Cucukkan belimbing yang telah dibersihkan kedalam nasi yang telah siap dimasak (yang masih belum ditutup suis) hingga belimbing bertukar kekuningan (macam dalam gambar no 1)
  • Gorengkan cili kering didalam kuali dan toskan
  • Gorengkan ikan bilis dan letak ke dalam pinggan
  • Tumbuk cili kering dan belacan hingga hancur, masukkan ikan bilis ditumbuk pecah-pecah dan kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih, jangan terlalu hancur
  • Akhir sekali masukkan belimbing, ditumbuk dan letakkan garam secukup rasa


Resepi Sambal Belimbing Ikan Bilis Sedap Tanpa Masak

Belimbing dibersihkan dicucuk masuk dalam nasi yang telah dimasak selama lebih kurang 10 minit. Belimbing akan bertukar warna kekuningan, tu tanda dah masak. Ambil belimbing tu kena hati-hati takut pecah dalam nasi. Kalau pecah pun tak per bukan rosak pun nasi tu ya.


sambal belimbing ikan bilis siap untuk dihidangkan
Selamat mencuba

xoxo, Umi Fuzy 

You May Also Like

0 Comments

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!