Siapa dah mencuba perkhidmatan MRT..cer angkat tangan..hehe.  Umi pun dah cuba tapi bukan yang percuma tapi dah pada hari Jumaat yang lepas sewaktu menghadiri Rumah Terbuka buat agensi pelancongan di Muzium Negara. Sebelum tu punya la jenuh nak fikir kalau turun kat KL Sentral nak menapak jauh kot untuk naik MRT kat Muzium dan nasib baik la tanya pada Lewis kawan Umi berasal dari Sarawak tapi pakar perihal kenderaan awam ni..hehe buat malu jer jadi org Key Ell kan..hehe

Memang mudah dan waktu Umi guna perkhidmatan ni MRT masih bagi potongan harga sebanyak 50% sehingga 31 Ogos..so apa lagi cuba la.

Buat kita pengguna, sama-samalah kita menjaga kebersihan, keselamatan dir dan hargai kerana kita yang menanggung kos perbuatan ni sebenarnya 



untuk menaiki MRT dari stesen Pasar Seni ni kena turun 3 level yang kadar kecuraman yang sangat curam...maaf la Umi tak survey pun berapa ketinggian tapi memang tinggi..

dalaman yang luas dan lebar..

kalau ramai yang menggunakan MRT memang tak perlu risau sebab tampak selesa
escalator MRT ni dah la tinggi dan laju jadi buat semua pengguna kena lebih berhati-hati jangan sibuk nak berselfie atau pun bermessage kang tak pasal-pasal keluar dalam berita pulak
Ok Umi nak kongsi berita yang DH tunjuk semalam.  Tak pasti bila kejadian ni dan dari mana kemana cuma DH ada tunjuk seorang ibu menyangkut buaian dalam tren MRT? what the? goshh..awat la bagi malu kat orang Melayu jer nii dan tu ada pulak yang bagi anak berdiri kat atas kerusi..dua2 kejadian ni memang merbahaya buat sianak jugak untuk orang lain.  Buatnya MRT berhenti secara mengejut..siapa nak disalahkan? Macam mana kot nak educate orang kita ni..biar bijak berfikir dan fikirkan keselamatan diri dan orang sekeliling.  Harap sipembuat dan sesiapa saja yang tengok gambar ni yang dah tular tu tolonglah berubah na

Sangkut buaian bayi dalam MRT, pasangan ini dikritik netizen
sungguh bahaya bila budak tu berdiri..sikit jer jijak kerusi tu