Semalam buat pertama kalinya ada temujanji dengan doktor untuk kesihatan sebab bila dah berusia ni kena juga check kesihatan. Pelbagai rasa timbul, takut, risau sampai rasa seram sejuk pun ada walau bukan kali pertama sebenarnya dah berkali² jumpa doktor. Sejak kecil bila disahkan menghidap pneumonia di usia bayi lagi dan kemudian di waktu sekolah menengah juga sebab pneumonia. Tu belum masuk dengan 6x duduk hospital sebab bersalin dan kali terakhir untuk pembedahan tonsil.

Nak tau kisah pembedahan lebih kurang 7 tahun lalu tu klik sini Pakej 3 hari di HKL akibat tonsilitis

Jadi mengarut la kalau kata pertama kali bertemujanji dengan doktor..sorry naa...saja nak bagi penerangan sikit tapi terpanjang lebar la pulak.


jangan ambil mudah walau semua nampak ok


Bercerita pasal temujanji doktor semalam tu..ala Umi buat kat klinik kesihatan yang kena bayar RM1 tu walau Umi boleh jer guna e-GL tu sbb DH kan penjawat awam tapi ishh malas la. Tapi kenapa klinik kesihatan kerajaan?  Penuh sesak, tak sistematik..nurse cengge..nurse buat kerja ala kadar..mesti tu semua keluar dari mulut kita kan...tapi tak nak la Umi komen pasal tu semua sebab kat klinik ni so far so good..lambat? memang la lambat sebab bilangan orang yang datang tu sejak dari pagi tu dan pengalaman Umi sendiri bila pergi klinik swasta ni kita boleh pulak ikut suka kepala kita kan sebab doktor tak marah tapi bila pergi klinik kerajaan depa tanya kenapa tak datang..so tu akan membuat kita lebih mengikut jadual...menepati janji.  Maaf la kalau ada yang tak setuju..


Bulan Mei yang lepas dah ambil darah jadi kali ni jumpa doktor utk tau keputusan yang akan menceritakan segalanya..memang berdebar jugak..takut la bila lagi 2 tahun nak masuk 5 series ni kena lah berjaga2 kan...bimbang kot kena darah tinggi..kencing manis..jantung ke issshhhh mintak dijauhkan.

Alhamdulillah semua tu tak de dan baik2 jer kata Cik Doktor yang manis tadi tapi tahap kolestrol Puan agak tinggi begitu juga dgn uric acid..erkkk waaaa.  So dah jadi habit Umi ni tanya tu tanya ni..ya la orang rajin membaca kan tapi kalau cerita kt entri ni pengsan la kalau korang baca kan..dipendekan cerita Umi ckp Umi nak control sendiri dgn diet sendiri utk kurangkan kolestrol tu..no medication please..I am the type who try hard not to take drugs..hehe.  Ok kata Cik Doktor.."jadi sy jumpa Puan lagi 6 bulan ya" Fuhh Alhamdulillah!

Kat otak dok pikiaq..kena mula balik oat..oat..oat hehe pastu nak kena start bersenam la balik..teringin jugak nak main netball macam dulu² tapi ramai kot kawan sebaya yang dah pencen..hehe

La ni teringat entri yang tak dipost lagi berkenaan cara nak turunkan kolestrol..tak ingat ambil kat mana tapi pernah la jugak buat dulu dan nampaknya kena buat lagi la nanti tapi oat tu kena la dimulakan jugak..manalah tahu kalau boleh membantu bukan.




Petua TURUNKAN KOLESTROL
[Air Barli Lemon]

Bahan-Bahan:
Barli biji
Madu
Lemon

Methodology:
[+] Basuh barley & rendam seketika.
[+] Masak barli sehingga lembut.
[+] Masukkan dalam cawan - squeeze sdikit lemon + madu.
[+] Siap dan boleh diminum


Kebaikan :
1- Menurunkan kolestrol
2- Menurunkan berat badan
3- Mencegah jangkitan saluran kencing
4- Mencegah batu karang
5- Anti-bakteria - bagus diambil ketika demam, batuk dan selsema
6- Mengawal gula dalam darah

** Untuk anda yang Gluten Intolerance - Ini mungkin tidak sesuai untuk anda.