Image result for no tourism tax for Malaysian


Semalam penuh message kat whatsappgroup para travel agency berlesen pasal pengumuman dari Dewan Rakyat yang dibuat oleh pak menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Aziz yang warga Malaysia adalah dikecualikan dari kena cukai di semua hotel yang depa buat tempahan tak kira la hotel mewah atau taraf takde bintang tu.  Sebelum ni dia dok cakap kena cukai bila menginap di hotel walau taraf bajet dan keatas...semalam ni lain pulak..baguih la noo. 

Walaubagaimanapun para pelancong luar akan dikenakan cukai sepertimana yang diwar-warkan tu.  Tapikan bagi Umi tetap la kita akan kehilangan pelancong atas banyak faktor tapi biarlah Umi malas nak nyatakan sebab rasanya semua sedia maklumkan dengan penat nak fikir tentang pihak tanpa lesen yang menjual pakej pelancongan..ya la yang berisiko bukan kami tapi orang yang membeli...semua tu terletak atas tanggungjawab sendiri *sighh

No automatic alt text available.

Pada 25 Julai negeri Selangor dah tolak cukai pelancongan ni sebab akan menyebabkan kesan negatif dan tidak sesuai malah akan melembabkan ekonomi negara terutama dalam bidang perhotelan dan hospitaliti.

Apa itu Cukai Pelancongan?
Cukai Pelancongan adalah caj tambahan yang dikenakan keatas pelanggan untuk penginapan dihotel dan tambahan keatas cukai perkhidmatan 10% dan GST 6%. Pihak Kastam mengesahkan yang cukai pelancongan akan dikira berdasarkan rating hotel - dari 5 bintang ke bajet hotel

Berapa yang pelanggan kena bayar?
1. 5 bintang - RM20/malam/bilik
2. 4 bintang - RM10
3. 1 - 3 bintang : RM5
4. 1 ke 3 Orkid - RM2.50
5. Bajet - RM2.50

Mungkin ramai tak tahu dan mesti tertanya apa tu Orkid?  Selain rating yang dikenali antarabangsa pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah memperkenalkan Orkid sebagai rating yang menunjukkan jenis penginapan bajet.

Tarikh perlaksanaan cukai pelancongan ini dikatakan akan bermula pada 01 Ogos 2017  dan ada akhbar yang mengatakan ini belum diperkenan oleh Yang Di-Pertuan Agong dan si menteri menafikan. Okay..tak nak bercerita kisah lanjut..simpan jer na

Jadi kita tunggu jer la kot2 ada perubahan dan mana tau kot sebaliknya.