Nampak gaya Poslaju dah mengorak langkah untuk membaikpulih perkhidmatannya yang semakin tercalar dan semakin jauh dari hati ramai orang kan...alkisah Umi diumumkan sebagai pemenang hadiah dari blogger Sii Nurul 

Sii Nurul pun menghantar mesej yang hadiah telah dikurier siap dengan no parcel lagi tapi dihari PosLaju datang menghantar, tak de pulak orang kat ofis jadi diaorang tinggalkan surat untuk menghubung en posto dan dalam masa yang sama Umi pun dapat mesej peringatan untuk ambil barangan di EziBox @ Shell Wangsa Maju..wah dah kira advance kan.  Jadi petang 30 Ogos tu Umi pun terus ke EziBox dengan hati yang berkobar-kobar.

sms dari PosLaju


Ada dua pilihan bahasa yang kita boleh pilih semasa menggunakan PosLAju EziBox ni, jadi pilih Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris

  1. Scan kod QR atau masukkan nombor PIN
  2. Isikan nombor postage, contoh EHxxxxxxMY
  3. Masukkan Pin nombor yang diberikan didalam mesej sms
  4. No penuh dan no kad pengenalan 
  5. Untuk resit, kita boleh pilih untuk dicetak atau dihantar ke email peribadi
  6. Laci yang bertanda akan dibuka untuk kita ambil barangan kita
  7. Resit akan dicetak yang mengatakan barangan telah dipungut

Mudah kan

Tapi pengalaman pertama Umi dengan EziBox ni tak semudah tu sebenarnya sebab tak de sebarang laci pun yang terbuka tapi Umi dapat resit yang dicetak mengatakan barangan telah dipungut, jadi apalagi Umi pun hubung PosLaju dan helpdesk kata akan hubungi..bukan apa cuma bimbang coklat tu mencair jer dan disebabkan esok tu cuti memang haruslah barangan tu Umi tak akan dapat sehinggalah minggu depan sebab kita kan cuti bersambung terus Hari Raya Aidil Adha



Selain dari tu kita juga boleh periksa dimana lokasi barangan kita tu dengan melayari https://www.tracking.my/couriers/poslaju

barangan telah selamat dihantar ke kediaman Umi pada 6 September yang lalu dan coklat pun dah selamat dimakan hehe
nota kaki:
Ezibox ni adalah perkhidmatan 24 jam serta percuma untuk pengguna dan setakat ni hanya di 60 lokasi dalam 4 daerah iaitu KL, Selangor, Johor dan Terengganu buat masa ni la.  Perkhidmatan ni dah bermula tahun lepas dah..tapi Umi jer yang baru tahu sebab selama ni PosLaju akan call kalau depa ketuk pintu tapi tak buka hehe.