Pelbagai Kegunaan Pokok Ara Tanah | Daun ni punya banyak nama yang akan pelik la jugak tapi Umi suka sebab kegunaannya yang pelbagai.  Ada yang memanggil dengan nama Patikan Kerbau/Susu Nabi/Gatas-Gatas/Gelang Susu/Fei Yang Ts'ao

Pelbagai Kegunaan Pokok Ara Tanah
Tumbuhan liar yang boleh dijumpai di tepi longkang dan ia adalah rumput perosak yang tumbuh dikawasan pertanian.  Bunga dan daunnya tersusun dalam jujukan ranting hingga ke hujung.  buahnya berwarna kuning dan 3 biji berwarna merah. Mempunyai bahan kimia yang ada sterol, alkohol tanin dan triterpernoid.

Kegunaan:
  • Merawat asma dan bonkitis - daun, akar dan batang direbus dengan air dalam bekas tertutup, 1 cawan rebusan ini dicampurkan dengan 4 cawan air. Didihkan sehingga tinggal 1 caan.  Minum bila sejuk.  Air ni tahan 2-3 hari
  • Merawat batuk yang mengandungi kahak berdarah - jusnya diberi minum kepada pesakit
  • Menambah susu ibu bagi ibu yang menyusukan anak - minum air rebusannya
  • Penyakit gatal-gatal - getahnya disapu dibahagian terbabit
  • Merawat luka- getahnya disapu bahagian luka
  • Merawat penyakit angin dan berak berdarah - minum jusnya
  • Ia juga merawat kecacingan, sakit mata dan disentri, bertindak sebagai antiradang, anti bakteria dan antikanser dan dikatakan selalu diberikan kepada lembu yang menghadapi retak tulang :-O
Nota : Jangan sebarangan mencuba sebab pokok sebegini memang tumbuh meliar dan mana tahu baru saja diracuni atau disembur ubat nyamak pihak bandara, jadi sila berhati-hati ya


Info berkenaan daun ni : http://infoherbalis.com/2015/06/13-khasiat-patikan-kebo-yang-perlu-anda-tahu.html