Untung sungguh warga Wangsa Maju dan yang berdekatan kerana bermula hari ni 1 Disember hingga 2 Disember, Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ- MAIWP) sedang menganjurkan Karnival Year End Zakat (YEZ)2018 bermula jam 9 pagi hingga 9 malam di perkarangan Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju. 

Karnival yang julung kalinya diadakan ini merupakan satu usaha mempromosikan dakwah zakat dengan lebih meluas di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan agar ia dapat meningkatkan prospek pembayar zakat dan secara tidak langsung meningkatkan kutipan zakat.

Selain itu ia juga bagi mendekatkan umum tentang kewajipan berzakat terutamanya tentang zakat harta dan juga sebagai satu landasan kecermerlangan diri umat islam kepada penghayatan agama dengan pelbagai aktiviti keagaman yang disediakan oleh pihak PPZ-MAIWP.

Aktiviti sokongan seperti Karnival YEZ 2018 ini amat perlu dilaksanakan agar ia dapat menarik lebih ramai golongan masyarkat Islam dalam pelbagai lapisan umur dan jantina. Pelbagai aktiviti untuk pelbagai lapisan umur dari kanak-kanak hingga dewasa.



Image may contain: 9 people, people smiling



Perasmian Bulan YEZ 2018 ini dilaksanakan oleh Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali, turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PPZ- MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff serta penaja Jom Sertai Kempen Skim Thohir 2018 dan Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my

Pihak PPZ-MAIWP menyasarkan seramai 10,000 orang yang akan hadir ke Karnival YEZ 2018 yang akan dianjurkan dan menfokuskan penduduk yang akan tinggal di sekitar Wangsa Maju, Gombak, Setiawangsa, Keramat dan sekitar kawasan lain.

Bersempena karnival juga, PPZ- MAIWP melancarkan Bulan YEZ 2018 dan pengumuman pemenang bagi Jom Sertai Skim Thoir 2018( Julai - Oktober) yang ditaja oleh Five Estec Travel Services Sdn. Bhd, dan Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my ( Ogos - Oktober 2018 ) yang ditaja oleh SeriGroup Global Sdn. Bhd.

Jangan lupa malam ni ada pada jam 9 ada pertandingan gusti lengan dan Konsert YEZ yang akan menampilkan Hijjaz, D'Vision, Saujana, Ali XPDC, Raihan dan hos yang dikenali ramai Shuk HotFM dan Atu Zero

Image may contain: 1 person

Image may contain: 1 person, standing 
Terdapat 90 gerai menarik yang boleh didapati di Karnival YEZ termasuklah gerai jualan dari asnaf, aktiviti pentas, aktiviti memanah, pertandingan azan, pertandingan Masterchef bersama Chef Zubir, kaunter Zakat & Baitulmal dan pemeriksaan kesihatan.  Buat anak-anak pastilah mereka akan teruja dengan aktiviti bersama Didi & Friends, Maskot Omar & Hana, pertandingan mewarna, ada mini petting zoo dan banyak lagi.
 
Untuk esok 2 Dismber, selebriti yang akan tampil bermula jam 9.30 pagi adalah IM Asyraf, PU Amin, Amin Idris, Heliza Helmi.  Sesiapa nak ambil bahagian dalam Pertandingan Azan boleh la mencuba bakat pada jam 11 pagi dan sesiapa nak mencuba bakat memasak, pastikan jangan terlepas masuk pertandingan MasterChef YEZ bersama Chef Zubir pada jam 2 petang

Buat anak-anak boleh la bergambar bersama maskot Omar & Hana pada jam 5 petang dan pada jam 9 malam nantikan persembahan dari Hafiz Hamidun dan Grand Forum Superstar bersama Ustaz Dato Dr Izhar Ariff, Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi, Ustaz Tuan Syed Norhisam Tuan Padang bersama hos yang cukup cilik tak lain tak bukan Bell Ngasri

Jadi, jom kita ramai-ramai ambil peluang kalau tak sempat hari ni, moh kita esok ya dan mana tau kot ada diantara kita menjadi pengunjung yang bertuah memenangi hadiah cabutan bertuah dan Grand Prize Cabutan Bertuah bernilai RM2,500 dan ada 37 cabutan bertuah mulai hari ini dan esok dengan jumlah bernilai RM7,500 kesemuanya.  Jangan risau kalau tak dapat sebarang hadiah cabutan tu tapi pastikan kita jengah kat mana-mana gerai dan pasti tidak balik dengan tangan kosong.